CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Terhibur, Warga Emas Rancak Bersembang Guna Stetoskop

1-1-1970 08:00 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1238| Komen: 6|Original author: Cinta Erina

Description: Dapat mendengar merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana terdapat orang di luar sana yang tidak berpeluang untuk mendengar suara orang yang tersayang.

Sumber: Tiktok laysyah.2 

Dapat mendengar merupakan satu nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana terdapat orang di luar sana yang tidak berpeluang untuk mendengar suara orang yang tersayang. 

Komunikasi juga menjadi sukar kerana perlu menggunakan bahasa isyarat. Hal ini akan menyebabkan kita terasa asing dari orang lain. 


Sumber: Tiktok laysyah.2 

Selalunya, masalah pendengaran terjadi kepada warga emas ataupun individu yang mempunyai masalah keturunan. Ada juga bayi yang baru masih kecil dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran. 

Di Malaysia, tidak ramai di antara kita yang ingin mempelajari bahasa isyarat, akibatnya golongan ini sukar untuk berkomunikasi.


Sejak dari zaman dulu, golongan kurang pendengaran ini berkomunikasi melalui bahasa isyarat atau alat pendengaran tetapi kini rupanya stetoskop juga boleh dipakai. 

Semalam viral sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai laysyah. Video tersebut menunjukkan dua orang warga emas yang berjumpa semasa kenduri dan bersembang melalui steteskop itu.
 

Rakaman video tersebut menjadi viral dan mendapat perhatian netizen apabila dua warga emas itu dilihat begitu rancak bersembang menggunakan alat itu. Setahu kita semua hanya doktor sahaja boleh guna tetapi rupanya ianya boleh digunakan sebagai alat mendengar yang terbaik kepada yang mempunyai masalah pendengaran. Seronok tengok mereka bersembang!


Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur dan tertawa melihat telatah comel dua orang warga emas itu. Dalam masa yang sama ramai juga yang terkejut melihat kegunaan lain alat  stetoskop itu kerana tidak menyangka ianya boleh digunakan untuk berkomunikasi. -CARI

Sumber: Tiktok laysyah.2 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 20-1-2022 02:03 PM
ye mmg comel.............................................
Quote Cempedaknangka 20-1-2022 03:34 PM
Comey nenek2 ni...rindu kat arwah wan saya
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:44 PM
Kelihatan sangat comel
Quote Supersirap 21-1-2022 10:53 PM
Sangat kiut dan comel
Quote gerbera.memopad 24-1-2022 12:26 AM
Ya ampun, comelnya

Semoga keduanya sihat & panjang umur.
Quote eyansss 24-1-2022 03:02 PM
why both of u sooo comel ni…  hehehe…  terus rindu opah…

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.149478 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top