CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kau Keluar, Beli Kereta Ni Pakai Duit Aku Juga," Isteri Mengamuk Panjat Kereta Tangkap Suami Curang!

20-1-2022 11:12 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1430| Komen: 0|Original author: Cinta Erina

Description: Perkara yang ditakutkan dan menjadi mimpi ngeri buat semua adalah apabila hadirnya orang ketiga di dalam sesebuah perkahwinan. Semua orang mempunyai impian untuk hidup bahagia bersama pasangan.

Sumber: Tiktok aniskapranasella

Perkara yang ditakutkan dan menjadi mimpi ngeri buat semua adalah apabila hadirnya orang ketiga di dalam sesebuah perkahwinan. Semua orang mempunyai impian untuk hidup bahagia bersama pasangan. 

Tetapi kadang-kala nasib tidak menyebelahi kita dan kita diuji dengan pasangan yang curang. 

Walau bagaimanapun, perbuatan curang tersebut tidak akan terjadi jika sebelah pihak tidak melayan sehinggalah berlakunya keretakkan rumah tangga disebabkan perselingkuhan terbabit.

Beberapa hari yang lepas, viral sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai aniskapranasella di platform TikTok.


Dalam video tersebut terlihat seorang wanita berbaju putih duduk di bahagian bonet hadapan kereta dan dikelilingi oleh orang ramai yang menyaksikan keadaan tersebut. Kejadian tersebut terjadi di negara Indonesia.


Wanita itu membuat tindakan tersebut kerana individu yang berada di dalam kereta itu merupakan suaminya yang sedang bersama-sama wanita lain.


Akibat terlalu marah dan kecewa apabila melihat dengan mata sendiri tentang apa yang dilakukan oleh si suami, wanita tersebut nekad melompat di bahagian hadapan kereta ketika ia sedang bergerak secara perlahan di tepi jalan raya.


"Kau keluar! Kau bawa keluar juga perampas itu. Beli kereta ni pakai duit aku juga"

Wanita itu turut menepuk-nepuk cermin hadapan kereta yang dinaiki oleh suaminya dan memanggil suaminya dan perempuan yang digelar perampas itu untuk keluar dari kereta untuk sama-sama bersemuka.


 Dari pemakaian si isteri dalam video itu, difahamkan dia merupakan seorang bidan di sebuah pusat perubatan berdekatan.


Melihat ke ruangan komen, hampir kesemua netizen turut berasa geram dan marah dengan kejadian yang berlaku serta memuji tindakan orang sekeliling yang turut bekerjasama untuk membantu menghalang kereta itu dari bergerak. -CARI


Sumber: Tiktok aniskapranasella


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038496 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top