Sepasang suami isteri di Rom, Itali menerima bayaran pampasan sebanyak €9,500 (RM45,120) hasil tuntutan saman ke atas jiran mereka kerana terganggu dengan bunyi pam tandas.
Menurut laporan yang dipetik Kosmo, bunyi pam tandas itu menganggu kehidupan mereka selama 19 tahun sejak 2003 lagi. Kes dikatakan bermula apabila jiran mereka yang terdiri dari empat orang membeli tandas baru. Pasangan suami isteri itu kemudian membuat aduan menyatakan bahawa bunyi pam tandas mereka terlalu kuat sebelum membawa kes berkenaan ke mahkamah di bandar La Spezia. Kata mereka, bunyi pam tandas itu tidak boleh diterima kerana katil pasangan tersebut berada di sebelah dinding yang berhubung dengan tandas tersebut. Difahamkan, bilik pasangan tersebut terlalu kecil untuk mereka mengubah kedudukan perabot. Hakim mahkhamah bagaimanapun menolak tuntutan mereka, tetapi pasangan itu kemudian membawa kes berkenaan ke mahkhamah rayuan di Genoa pula. Selepas hasil pemeriksaan di pangsapuri pasangan tersebut mendapati bahawa pam tandas milik empat lelaki bersaudara itu merosakkan kualiti kehidupan mereka kerana bunyi yang bising, hakim memutuskan untuk memihak kepada pasangan berkenaan. Katanya, bunyi pam tandas itu melanggar hak pasangan terbabit untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Menurut laporan, keempat-empat beradik itu tidak puas hati dan mencabar keputusan mahkhamah di sebuah lagi mahkhamah tinggi di Rom. - CARI |
ADVERTISEMENT