CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Dunia Di Kedai Makan- "Suami Sakit Jantung, Bukan Sebab Dos Penggalak"

20-1-2022 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3961| Komen: 64

Description: Rawang: "Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu," kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54. ...
Rawang: "Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu," kata Rabunah Abdu Rashid, isteri kepada Hamsan Hashim, 54.


Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, di sini.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.


Foto: Harian Metro

Rabunah, 49, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.


"Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.

"Kira-kira 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.

"Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.

"Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.

"Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak," katanya.

Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.

"Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami," katanya.

Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7 pagi.

"Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.

"Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

"Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif Covid-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).

"Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shazid 20-1-2022 08:38 AM
Alfatihah untuk arwah
Quote KamikuP 20-1-2022 09:14 AM
Yg sebar fitnah kat twidder atau medsos tu baik la pegi makan bangkai dan mampos sekali
Quote kakakko 20-1-2022 09:22 AM
Iols scroll lelaju je post arwah ni yg bertebaran di pesbuk. Ramai nau melulu je cakap pasal booster. Hanya dengan seketoi gambar and sebaris ayat.
Quote manzilla 20-1-2022 09:46 AM
Dr. Asri telah dihubungi oleh DiGi untuk sesi kanseling selepas beliau bising-bising, kau ghaser..?
Quote Samerosie 20-1-2022 09:48 AM
kakakko replied at 20-1-2022 09:22 AM
Iols scroll lelaju je post arwah ni yg bertebaran di pesbuk. Ramai nau melulu je cakap pasal booster ...

It's no joke sakit jantung ni.  Ex office i macam ni la, lelaki tengah tunggu makan kat mamak terus rebah kat meja macam ni.  Ni before zaman covid mid 2000s. He was lucky sebab dia sendiri became concious and jalan terhoyong hayang kat tepi jalan ada kereta polis lalu dia tahan terus bawa dia ke hkl.  Masa kat mamak tu tak de siapa pun tanya dia ok ke tak, mamak dtg hantar makanan letak je depan muka dia.  HKL masuk ICU, arteries sudah banyak clogged.  Walaupun weols satu office tak suka dia, sebab dia ni kaki segala putar alam dan suka mengular, tapi kitarang doa la dia ok juga.  
Sorang lagi India, masuk office, dia sempat buat kerja lepas tu dia kata dia tak rasa sedap badan tapi dia kata tak tau kat mana sakitnya.  Tapi dia ok lagi signed off docs lepas tu dia jalan pergi clinic dekat office.  Nurse cerita sampai depan counter dia terus rebah, derang buat cpr tapi too late.  Memang dia ada heart problem juga.  This was also before time covid.

Quote krustykrab 20-1-2022 09:52 AM
Kalau kes mcm ni baik buat post mortem...at least kalau booster yg sbbkn kematian,acik blh la claim duit pampasan.kurang2 dpt jgk sara hidup acik.
Quote musangbodoh 20-1-2022 11:05 AM
krustykrab replied at 20-1-2022 09:52 AM
Kalau kes mcm ni baik buat post mortem...at least kalau booster yg sbbkn kematian,acik blh la claim  ...

report mesti bias nyer...lg satu ingat sng2 ke kerjaan nk bg duit??dh tau dh result nye...buang masa dgn duit...p tanam jelah...lain lh aduit byk p buat post mortem swasta...
Quote Suchi 20-1-2022 11:14 AM
Better yg ada sakit kronik jangan amik la dulu booster walaupun maybe kematian takde kaitan dgn booster ke apa.

Tapi kalau rasa risau itulah sebaiknya sbb kalau korang tetiba meninggal mmg org akan kaitkan dgn vaksin juga walau korang mmg pesakit jantung kronik.



Quote Suchi 20-1-2022 11:17 AM
krustykrab replied at 20-1-2022 09:52 AM
Kalau kes mcm ni baik buat post mortem...at least kalau booster yg sbbkn kematian,acik blh la claim  ...

Uols kena ingat orang melayu mempunyai tahap redho paling tinggi kat dunia ni.
Jarang gigih nak post mortem bagai sbb tanak sakitkan jenazah.

Turun naik sana sini melelahkan mental dah fizikal.
Hujung2 biar jelaa dah sampai masa dia.
Redo dan pasrah  sambil menanti hikmah disebalik kejadian yg menimpa.

Quote kakakko 20-1-2022 11:35 AM
Samerosie replied at 20-1-2022 01:48 AM
It's no joke sakit jantung ni.  Ex office i macam ni la, lelaki tengah tunggu makan kat mamak teru ...

Betul tuu.. Cuma sejak2 covid ni bila adanya news pasal mati mengejut ni netz suka kaitkan dengan vacc. Jadi menyampah baca. Macamlah sebelum2 ni takde yg mati mengejut. Sakit jantung pulak tu. Memang risiko tu sentiasa ada..
Quote kakakko 20-1-2022 11:36 AM
Suchi replied at 20-1-2022 03:14 AM
Better yg ada sakit kronik jangan amik la dulu booster walaupun maybe kematian takde kaitan dgn boos ...

Ni ku setuju. Kalau rasa diri ada sakit better hold. Sedangkan yg sihat pun ada aefi, inikan yg sakit kronik.
Quote zacEfron 20-1-2022 11:38 AM
Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu,


....
Quote kyrana 20-1-2022 11:39 AM
Beksin maksum..salah jantung tu.

Sambil berduyun2 beratur boostah beksin expired.
Quote cmf_PariS 20-1-2022 11:40 AM

yes semua kene baca ni juga.... br 7 hari.. masih dlm tempoh tu.... 500K boleh dpt acik...
Quote rainbowrainz 20-1-2022 11:42 AM
Innalillahuwainnailaihirojiun...lps booster so pahsm2 lr
Quote slavehunter 20-1-2022 11:44 AM
Suami memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu,

yang ni apa?

Innalillahhh......
Quote slavehunter 20-1-2022 11:48 AM
Sadly....most people still living in....

"State of Denial"
"State of Trance".

Maybe nak kena Ruqyah uolss ni semua hilangkan pukau.
Quote kyrana 20-1-2022 11:52 AM
slavehunter replied at 20-1-2022 11:48 AM
Sadly....most people still living in....

"State of Denial"

Azan kuat2 sampai pekak telinga masing2 pun tak jalan.

Agaknye betul dakwaan perawat2 bekam jin beso dh duduk bahu dorg ni.
Quote Samerosie 20-1-2022 11:56 AM
kakakko replied at 20-1-2022 11:35 AM
Betul tuu.. Cuma sejak2 covid ni bila adanya news pasal mati mengejut ni netz suka kaitkan dengan  ...

Kan..dah mula dahhhh geng 2 ni masuk...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063254 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top