CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Awas! Scam Terbaru Di Shopee!

19-1-2022 05:04 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 6823| Komen: 32|Original author: Agent13k

Description: Shopee adalah tempat yang kita boleh membeli dan menjual pelbagai barang, tetapi baru-baru ini ada kes "scam" ataupun penipuan berlaku di Shopee yang dikatakan mengambil wang simpanan pengguna lebih R ...
Shopee adalah tempat yang kita boleh membeli dan menjual pelbagai barang, tetapi baru-baru ini ada kes "scam" ataupun penipuan berlaku di Shopee yang dikatakan mengambil wang simpanan pengguna lebih RM24,000!


kredit: Myanmar Insider

Berikut merupakan taktik penipuan yang diberitahu seorang pengguna Facebook bernama Puteri Nur Ikhwan yang terkesan dengan penipuan menggunakan nama syarikat Shopee.

Menurut perkongsian tangkap layar itu, difahamkan dia kononnya menerima tawaran berkerja separuh masa di syarikat berkenaan melalui aplikasi Whatsapp pada bulan lepas.


kredit foto: Puteri Nur Ikhwan


Individu yang menghubunginya itu menerangkan tugas kerjanya hanya untuk "like" produk diminta di Shopee dan membuat tangkap layar. Puteri diberikan RM4 untuk setiap tugasan dan hari pertamanya, dia memperoleh RM28.

Keesokan harinya, apabila disemak Puteri dapati memang ada 
wang diperoleh semalam di dalam akaun banknya.

Dia kemudian mendapat tugasan lain berhubung kaedah "repurchase" (beli dan jual semula). Mereka memberi senarai harga yang Puteri boleh pilih mengikut kehendaknya. Jelasnya, Puteri perlu "bank in" dahulu kepada mereka dan melakukan "repurchase" untuk mendapat komisen lebih.


kredit foto: Puteri Nur Ikhwan

Ekoran itu, Puteri mencuba kadar paling rendah iaitu RM100 dan dia bank in kepada nombor akaun tersebut sebelum membuat "repurchase".

Tidak lama kemudian, dia mendapat RM120 melakukan perkara sama beberapa kali dengan kadar harga berbeza. 

Namun, apabila Puteri mencuba untuk "repurchase" barangan bernilai RM5,580, dia diberitahu untuk membeli dua barangan yang ditetapkan, tetapi Puteri hanya nampak satu sahaja yang tertera di skrin. 

Selepas melakukan "repurchase" tersebut, Puteri diberitahu yang dia telah melakukan kesilapan dan dia perlu membuat pembayaran lagi untuk mengeluarkan duitnya.

Justeru, dia sekali lagi melakukan "repurchase" pada harga RM8,800 dan RM9,420 untuk mendapat komisen serta duitnya semula.


kredit: Puteri Nur Ikhwan

Selepas menyedari dirinya tertipu, Puteri tidak membalas mesej mereka dan terus melaporkan mengenai kejadian kepada polis.

Puteri menganggarkan dia mengalami kerugian RM24,000 dan memerlukan beberapa hari untuk menerima hakikat dia telah ditipu dan reda di atas apa yang berlaku. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-1-2022 06:11 PM
Org tamak selalu rugi. Mudahnya kna gula2. Dpt jgk offer gheja part time shopee kt wassap. Laju i block.
Quote AKAZ85 19-1-2022 06:31 PM
Dah selalu orang bagitau pasal penipuan kat shopee tu.. Yang bongok percaya tu dah kenapa
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 06:43 PM
kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote kotakominami 19-1-2022 07:20 PM
Repurchace ni memang ade org buat kan...sebab dia macam nak tunjuk kat org produk dia laku keras asyik sold out.....pastu bila org lain tgok jadi nak beli jugak....macam org yang beli like tu.....
Quote ninja9 19-1-2022 07:36 PM
kotakominami replied at 19-1-2022 07:20 PM
Repurchace ni memang ade org buat kan...sebab dia macam nak tunjuk kat org produk dia laku keras asy ...

owh patutlah mmg nak orang beli supaya popular

Quote underground 19-1-2022 07:40 PM
celah mana kena tipu kt shopee?
Quote 234126 19-1-2022 07:44 PM
Zalora pun ada juga rasanya. iol pernah nak try tapi join group je tak pernah pun beli apa-apa.
Quote Decaffeinated 19-1-2022 08:27 PM
3 hari lepas dah ada kisah ni. Ini bukan tertinggal ketapi lagi ni.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... p;extra=&page=1

Quote zuri154 19-1-2022 08:27 PM
underground replied at 19-1-2022 07:40 PM
celah mana kena tipu kt shopee?

Aritu ada terbaca kt uiam coffession pasal bende ni. Ramai rupanya kena tipu. Link tu bkn dari shoppee tp nmpk mcm dari shoppee. Bila tekan akan terus ke whatsapp. Mula2 dibagi task senang. Mmg dpt duit. Lps tu ke task seterusnya beli brg. Kita kena beli brg tu dgn duit sdri. Dpt 10-20 % komisen. Yg ni dorg byr. Task seterusnya yg start kena tipu. Dorg offer beli harga mahal cth 5k. Kena decide dlm masa yg cepat cth 15 minit. Bila dah beli/byr, dorg x bg komisen sb task tu berangkai. Kena beli lagi satu brg dgn harga yg lagi mahal. Kalau x beli, duit task ke-3 tu akan burn camtu je. Gitu la modus operandi dorg. Ramai yg terpedaya.
Quote slyfynx 19-1-2022 08:54 PM
Ya, saya kena Scam

Ade dh kan thread ni 3 hari lepas
Quote igetso 19-1-2022 10:48 PM
Memang boleh scam kat Shopee tu.  Hati2 la..
Quote borne 19-1-2022 11:42 PM
Aku ada dapat mesej mintak kerja.
Quote mandear11 20-1-2022 03:13 AM
there are more stupid people now that believe in easy money..adoiiiiiiiii.....

Quote makton 20-1-2022 07:34 AM
nak cepat kaya la tu..
Quote Marylis 20-1-2022 07:47 AM
bukan nak cepat kaya... ramai org terdesak rasanya
Quote mbhcsf 20-1-2022 07:51 AM
Yang ini yg macam cerita yg sama dalam thread lepas ( a few days ago?) tapi  maca nilah
- mu friend buat review and dia dapat ganjaran - itu dari authorised website and entity.

tapi jgnlah mudah percaya taktik keje mudah mudah macam ni , sebab  mulai syak sesuatu jika kita pulak kena keluarkan duit bagi 'majikan'sedangkan depa  tu yg kena bagi duit kat kita ...


lagi satu ada kes yg melibatkan portal shopping online ni yg berlaku tak lama dulu di Singapura  dan  i wonder adakah modus operandi scammer ni - purchase repurchase tu sama tak dengan scammer  ni...

https://www.straitstimes.com/sin ... ver-6700-in-savings

ni exactly sebiji cara scammer ni buat kat Singapore







Quote KamikuP 20-1-2022 09:18 AM
Org yg tamak selalu rugi.
Dah 2022 dan nak kiamat lagi masih pecaya benda gini.. selayaknyalah dekkk
Quote underground 20-1-2022 09:18 AM
igetso replied at 19-1-2022 10:48 PM
Memang boleh scam kat Shopee tu.  Hati2 la..

aku seller shopee

yg kena scam buta2 ni pegi bayar terus ke shopeepay (ewallet) seller. ni memang non-reversible.

kalau order via shopee, checkout, bayar.. selagi buyer tak klik Order Received, duit tak release ke seller

macam aku kena kalau payment besar lebih RM700 per order, boleh ambil sampai 3 hari baru shopee release

nak withdraw ke bank pun sehari baru clear

jadi, buyer kalau kena scam sempat minta refund/dispute within 24 hours





Quote kakikuDibibirmu 20-1-2022 10:11 AM
Orang tamak selalu rugi, bercakap bohong lama-lama ikan keli!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059095 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top