Pelakon filem Rasuk, Gabriella Desta mendedahkan dia sudah beberapa kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dalam kalangan pelakon.
Pun begitu, hubungan berkenaan selalu berakhir dengan kekecewaan.
"Saya selalu disakiti. Kisah cinta saya selalu berakhir tragis. Ia sangat menyedihkan dan menyakitkan.
"Saya pernah bersama dengan beberapa pelakon lelaki. Mereka sama sahaja. Semuanya menyakiti hati saya. Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan nama-nama mereka," katanya.