CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'State Of Denial' Kesan Dos Penggalak Tak Berfaedah - Mufti Perlis

19-1-2022 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2158| Komen: 23

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihak berkuasa tidak seharusnya menafikan kesan mudarat yang menimpa orang ramai susulan mengambil suntikan penggalak vaksin Covid-19.


Katanya, dia tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan mereka yang mengalami kesan buruk adalah golongan minoriti tetapi menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatan setiap nyawa.


Kredit foto: FB

“Banyak aduan tentang kesan yang serius selepas dos ketiga. Ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami. Tidak guna untuk menafikan.


“Benar, majoriti yang ambil tiada masalah. Saya dah ambil dos ketiga, tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah.

“Namun ramai juga yang datang jumpa saya cerita kesan yang mereka alami. Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga. Oleh kerana mereka orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Loading FB Post...

Justeru, Mohd Asri mencadangkan penangguhan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan garis panduan dengan jelas mengenai siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga atau penggalak itu.

"State of denial (berada dalam penafian) tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka. Biar ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya.

Mohd Asri sebelum ini menyatakan kebimbangan kerana bapanya telah dimasukkan ke hospital selama lebih seminggu selepas keadaan kesihatannya menjadi lebih teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 19-1-2022 01:42 PM
Ok. Hope ramai akan buka mata buka mata hati knockin to your Senses and start acknowledging the Aefi.
Quote manzilla 19-1-2022 01:54 PM
Orang yang tidak layak mengambil dos ke-3 dan seterusnya ialah orang yang sudah mati.
Quote namieamuro 19-1-2022 01:58 PM
jd ke kkm nak reset balik status vaksin wpun dh lengkap 2dose?
Quote naina 19-1-2022 01:58 PM
Semoga lebih ramai VVIP yang kena aefi baru KKM buka mata. Dan KJ lebih toleransi. Kalau orang kampung yang kena mereka tak tahu dan takut nak suarakan. Takda sapa pandang. Mati katak gitu jerrr
Quote namieamuro 19-1-2022 01:59 PM
slavehunter replied at 19-1-2022 01:42 PM
Ok. Hope ramai akan buka mata buka mata hati knockin to your Senses and start acknowledging the Aefi ...

sini hebat. negara luar ade je admit psl kesan lps vaksin. tp sini takde. tetibe bru jujur HANYA 25org SAHAJA.
Quote Thunderclouds 19-1-2022 02:06 PM
Mmmm...lemak2 masin dan berkrimm..oh, kahak sendri ghupernya.
Quote babelina 19-1-2022 02:10 PM
seram btl la.. aku awal bln dpn pula.. nk tolak ke xnk.. bdk2 ofc yg ambik awal bln..sampai skrg cikit2 nk demam.. cikit2 nk demam bdn seram sejuk..
Quote jahcomel 19-1-2022 02:12 PM
hmmmm...kna kt fmili sdri bru bising...booster nih pn beksin jgk sama ngn dos1 n dos2...panggil je booster....
Quote Suchi 19-1-2022 02:28 PM
namieamuro replied at 19-1-2022 01:58 PM
jd ke kkm nak reset balik status vaksin wpun dh lengkap 2dose?

Kalau ramai yg amik booster jadi la kot, terutama yg amik vaksin sinovac.

Iols is redho tapi kalau sampai kta takleh balik raya maybe iols terpaksa gak laaa sbb suami mesti nak balik gak kg jumpa famili dia nak beraya.
Iols dah takde mak pak mmg tak kesah langsung pasal blk kg apatah lagi dgn raya.
Takde beza pun raya time pandemik atau tidak mmg takdenya mak pak iols buat kemunculan ke apa.

Tp iols tgk yg tak amik vaksin aman2 je merentas kesana sini pi bercuti bagai lagi so kesah la kan. Bukannya tak amik vaksin langsung pun cuma booster je tak amik.
Quote cmf_PariS 19-1-2022 03:08 PM
perlu dipertimbangkan la.. byk dh kes mati mengejut oiiiii
Quote dua_chzy 19-1-2022 03:09 PM
naina replied at 19-1-2022 01:58 PM
Semoga lebih ramai VVIP yang kena aefi baru KKM buka mata. Dan KJ lebih toleransi. Kalau orang kampu ...

Amin2.

Selagi marhaen yang kena, tutup mata ja semua.
Quote slavehunter 19-1-2022 03:11 PM
manzilla replied at 19-1-2022 01:54 PM
Orang yang tidak layak mengambil dos ke-3 dan seterusnya ialah orang yang sudah mati.

Adoi .....
Penatnye bagi date app kat MySejahtera, rupanye dah takde.
Quote slavehunter 19-1-2022 03:12 PM
namieamuro replied at 19-1-2022 01:59 PM
sini hebat. negara luar ade je admit psl kesan lps vaksin. tp sini takde. tetibe bru jujur HANYA 2 ...

Ganti rugi yang dijanjikan tu, 500K and 50K.

Atleast waris ker dapat la something.

Ni semua masuk Acc Offshore mereka jer.
Quote highcastle 19-1-2022 03:52 PM
Aku dah dapat dos ke 3. Sebelum ni dpt AZ, dos ke 3 dpt Pfizer....... Kesan dos yg ke 3 aku rasa lengan yg kena suntik memang sakit bila angkat, pastu peha belah kanan rasa sakit bila waktu aku rukuk sembahyang.. Kira dalam seminggu jugalah baru hilang sakit2 ni..........
Quote Belibis 19-1-2022 04:00 PM
So..fatwa dulu nak kena uturn ke caner??
Quote slavehunter 19-1-2022 04:07 PM
Thunderclouds replied at 19-1-2022 02:06 PM
Mmmm...lemak2 masin dan berkrimm..oh, kahak sendri ghupernya.

kih kih kih......
Quote namieamuro 19-1-2022 10:12 PM
Suchi replied at 19-1-2022 02:28 PM
Kalau ramai yg amik booster jadi la kot, terutama yg amik vaksin sinovac.

Iols is redho tapi kala ...

iols seram bace kesan post booster ni. mcm lagi seram dr yg dose ke 2. vaksin dlu pn amek mase lps tu ade syarat2 dan tempoh bile kne ambik. dlu janji 2 dose je dh fully vaccinated. skrg tetibe wajib booster. siap bole pendekkan tempoh matang AZ yg dlu kate 6bln kan. skrg 3bln dh bole cucuk booster.  pening iols dgn team yg uruskan psl vaksin. ade negara tak bagi campor2 cap booster. ade negara tak tekan kan psl booster. ade negara jujur je psl kesan vaksin. ade negara nafi sekeras nye psl kesan vaksin. hmmmm.
Quote igetso 19-1-2022 10:13 PM
Dia ni bagus.
Quote .HannahMontana. 19-1-2022 10:16 PM
Aku cakap dengan boyfriend aku kalau cucuk vaksin corona ni menjadikan   aset jantan jadi  haluihhhhhhhh aku minta putus


sampai hari ni dia xhubungi aku

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.143354 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top