"Kadang-kala rasa diri seperti Lego apabila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita."
Itu perasaan yang diluahkan pelawak Shuib Sepahtu apabila dikaitkan dengan ramai wanita sebagai calon pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin. "Saya tidak boleh tutup mulut orang bercakap pasal saya... Mungkin orang di luar sana mengambil berat. "Selepas hampir enam bulan Sarah pergi, orang sudah mula beralih kepada cerita kahwin. Saya tidak boleh halang orang daripada bercerita pasal kahwin, tetapi janganlah berlebihan cakap benda yang saya tidak tahu bagaimana (masa depan)," kata bapa empat cahaya mata itu kepada BH Online.
Shuib, 36, juga mengakui terkejut apabila Siti Nordiana dijodohkan dengan dirinya. Ia berikutan penyanyi dan pelakon itu membuat peminat berspekulasi selepas berkunjung ke sebuah butik untuk menempah persalinan. Selain Siti Nordiana atau Nana, Shuib juga dikaitkan dengan adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani. "Saya sangat terkejut apabila dikaitkan dengan Siti Nordiana. Kami pernah berjumpa dua kali dalam program hiburan. Saya tidak pernah menghubungi atau memiliki nombor telefonnya. "Mengenai Hazwani pula, saya tidak pernah berjumpanya. Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?" katanya. Pun begitu, Shuib sebelum ini mendedahkan sedang mengenali seseorang. Walaupun hubungan itu tidak serius, ibunya memberi lampu hijau. Dengan usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida juga Shuib tidak berminat untuk menjalin hubungan lebih dari kawan dan atas urusan perniagaan yang diusahakan bersama.
|
Rogue98 replied at 19-1-2022 06:50 AM
Nak pergi Legoland lah tu....
beta_carotene replied at 19-1-2022 08:32 AM
lapar sponsorship legoland la tu kannnn...
AcikBuncit replied at 19-1-2022 08:23 AM
Xpela shuib.. Aslkan lego bawah tu berjumpa dgn pasangannya.. Klik bunyinya gitu... Ambik jela vida ...
pukulrata replied at 19-1-2022 09:34 AM
Dah xde cermin ke dlm Malaysia ni?
ADVERTISEMENT