"Logik ke saya buat begitu?" Fizo Omar mempertikaikan dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim yang menuduh pelakon itu mengabaikan anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu.
"Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak. "Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada. "Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia," jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, kepada mStar.
Sebelum ini, Mawar menerusi Instastory berkongsi luahan sedih anaknya yang keseorangan ketika bercuti dengan keluarga Fizo di sebuah taman tema di Johor. "Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan. "Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya. "Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya," tambahnya lagi. Hmm, nak percaya siapa macam ni? - CARI
|
asfaz replied at 18-1-2022 03:10 PM
Org yg hantar gambar kat Mawar tu mesti dah perati dlu kan. Agaknya lama kot maryam sesorang kat sit ...
emma.giggs replied at 18-1-2022 03:13 PM
Kan, mesti org tengok anak sapa ni tinggal sorg2
nadya_lavender replied at 18-1-2022 03:13 PM
Wife baru fizo ni acah betul la. Spread positivity konon puiii
ADVERTISEMENT