CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melati Gigih Cari Bot Nak Bantu Orang Kampung Jadi Nelayan

17-1-2022 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1053| Komen: 1

Syaiful Tiro atau popular dipanggil Melati, kini giat mencari bot nelayan untuk membantu golongan remaja di kampungnya di Sabah yang mencari punca pendapatan sebagai nelayan. 


Perkara itu dikongsikan adiknya, Sharif yang juga anggota kumpulan Tiro ketika ditemui di majlis anjuran Tiro bersama peminat, malam semalam. 

Foto: IG

"Melati (Syaiful) tak dapat bersama dengan kami di sini sebab dia kini sibuk dengan beberapa urusan antaranya mencari bot nelayan untuk digunakan oleh golongan remaja di kampung kami di Kudat, Sabah," katanya kepada Harian Metro. 

Tambah Sharif, inisiatif itu diambil oleh Melati untuk membantu golongan remaja yang mencari peluang pekerjaan sebagai nelayan. 



"Di kampung kami, pekerjaan utama adalah dalam sektor perikanan. Ramai golongan remaja di sana keluar ke laut untuk mencari rezeki sebagai nelayan. 

"Kebanyakan mereka selesa mencari rezeki di kampung dan tak berpeluang untuk berhijrah. Jadi, dengan adanya inisiatif daripada Melati, diharap ia dapat membuka peluang pekerjaan buat golongan remaja," katanya. 


Sebagai permulaan, Melati akan mencari bot nelayan yang boleh memuatkan sekitar 18 nelayan dalam satu masa. 

Selain itu, Sharif juga memaklumkan bahawa abangnya itu kini sibuk juga menguruskan misi bantuan mangsa banjir di Sabah. 



"Ada beberapa misi bantuan yang membabitkan Melati di sana. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami akan adakan satu lagi majlis bersama-sama dengan Melati," katanya. 

Selain Sharif, turut hadir adalah anggota kumpulan Tiro, Danial Zaini. 



Terdahulu, kumpulan Tiro diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) dan berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM500,000 berserta trofi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 17-1-2022 10:16 AM
tahniah kamu...

cantiknye pantai

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067426 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top