CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Lain Yang Buat Taik, Pak Ya Pula Kena Saman

17-1-2022 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2647| Komen: 16

Description: Gara-gara parkir kereta miliknya digunakan orang lain, pelawak llya Buang, 54, disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana meletakkan kereta di tepi jalan.
Gara-gara parkir kereta miliknya digunakan orang lain, pelawak llya Buang, 54, disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana meletakkan kereta di tepi jalan. 


Terdahulu, Ilya atau mesra disapa Pak Ya melahirkan perasaan kecewanya dengan apa yang berlaku menerusi perkongsian hantaran di media sosial.

Ilya yang dihubungi Harian Metro berkata, dia sudah pun berurusan dengan pihak pengurusan di kediamannya bagi menyelesaikan perkara berkenaan.


Foto: IG

"Mereka kata nak tarik dengan trak tunda tapi masalahnya, trak tunda pula tak dapat nak masuk sebab tempat parkir di kediaman ini rendah. 


"Sebelum ini saya dah cakap dengan mereka, kenapa tak semak nama pemilik kereta itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tak tahulah sama ada mereka buat atau tidak?

"Benda ini (nak kenal pasti pemilik kereta) kalau mereka berurusan dengan JPJ mesti boleh kesan. Sudahnya, saya pula yang perlu parkir di tepi jalan dan kena saman oleh PBT," katanya lagi.



Ilya berkata, bagaimanapun dia menganggap mungkin kereta terbabit kepunyaan penghuni di kediaman itu juga, namun tersilap parkir di lot miliknya.

"Untuk masuk tempat parkir ini perlukan pas sendiri juga. Mungkin, dia ada dua kereta, namun saya tak tahulah apa tindakan lanjut daripada pihak pengurusan.

"Tapi mereka janji, semalam adalah hari terakhir untuk tarik kereta itu tapi saya tengok masih ada lagi. Sebab kalau dah tarik, pasti pihak pengurusan kediaman akan hubungi saya untuk makluman.



"Saya boleh saja keluarkan kereta itu. Tapi, adakah pihak pengurusan akan bayar jika saya pecahkan tingkap kereta untuk tarik brek tangan?," katanya.

Dia bagaimanapun masih bersangka baik sekiranya betul pemilik kereta terbabit tinggal di situ, mungkin individu berkenaan tersalah parkir. 

"Macam saya kata, mungkin juga dia ada dua kereta sampai tak ambil tahu mengenai kereta yang diparkir itu adalah di tempat saya," katanya.

Menerusi hantaran dibuatnya, Ilya turut memaklumkan pihak pengurusan kediaman sudah pun kapit tayar kereta terbabit dan pemilik kenderaan harus membayar denda RM50.



Berasakan bayaran denda dikenakan pihak pengurusan seakan tidak berbaloi, Ilya juga menegur sinis dalam hantaran yang ditulisnya.

"Huntung le (Untunglah) dia, parking (parkir) berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan di parking lot teman (saya) cuma bayor (bayar) RM50 je (saja).    

"RM50 tu pula bayor (bayar) kat pihak pengurusan, bukan kat teman (saya). Kereta teman (saya) pula kena saman dengan majlis bandaraya (PBT) sebab parking tepi jalan. Camane ek,"? soalnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 17-1-2022 11:13 AM
Kasi viral je.. Ada lah nanti netizen yang boleh reveal nama owner kereta tu..
Quote asamfish 17-1-2022 12:15 PM
Semestinya tuanpunya kereta adalah seorang muslim.
Quote nakkomenjugak 17-1-2022 08:05 PM
So sape punya kojeee?
Quote oggy 17-1-2022 08:09 PM
Macam mana la pihak pengurusan buat kerja ni.. kalau aku pun marah, tak pasal2 kena bayar saman.
Quote Cintakapuri 17-1-2022 08:20 PM
Bibanya wat pangai macamni
Quote mamasaffiya 17-1-2022 08:58 PM
Kasi viral lah pastu kita tengok drama apa pulak
Quote Samerosie 17-1-2022 09:23 PM
Kenapa tak park dulu kat visitor’s parking masa sampai tengok parking kena rembat dari park illegal tepi jalan.
Quote sukacactus 17-1-2022 09:25 PM
Uishhh geram plak baca
Sabo betoi pak ya ye
Quote becir 18-1-2022 01:47 PM
Xdenya kalau resident situ main parking tak tau rules..tu saja la tu mendajal orang
Quote Parit.Hilton 18-1-2022 02:02 PM
aiyo pak ya duduk mana ni? opis iols tak de makna biar berhari2. kejap je dah clamp dan terus kena bayar rm100 kalau nak bukak clamp. ni biar berhari2 bayar rm50 je?
Quote minahmanja 18-1-2022 02:07 PM
maybe bkn keta residen.. tp sedara mara or kawan residen.. kot la diorg nk pi holiday sesama, so dia tumpang park situ sementara.. hehehe.. any ways mmg menyusah kan org ler citernya..
Quote Orix 18-1-2022 02:17 PM
Yg penting kt kereta ada sticker lailahailallah
Quote sudirmanistas 18-1-2022 03:49 PM
Teman pernah kene macam ni. Masa tu mula2 nak masuk rumah baru, tgk2 dah ada kereta yang parking. Nasib baik dia jenis yang kluar masuk so notis teman letak dkt kereta tu dibaca dan di ambil tindakan la. Mcm kes pakya ni, nampak mcm x bergerak la kereta tu, susah jgk nak settle.
Quote dudaberhias 20-1-2022 12:16 PM
Sticker kat kereta tu membuatkan iols syak mesti jejan ke cikki yang gigih suka komen aurat retis dekat ig... At the same time perangai sendiri ahlil nuraka terbawah sangat
Quote kbyne 20-1-2022 12:20 PM
Edited by kbyne at 20-1-2022 12:22 PM

Duduk apartment memang problem,tak tidur malam pikir kereta.Buat spareparts jer la kereta tu.
Quote anony-mous 20-1-2022 12:48 PM
Ada yg komen mgkin kereta tu lari dari bank so dia park je smpai bank x cari dah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053365 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top