Kesibukan tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti swasta sama sekali tidak menjadi penghalang buat penyanyi Najwa Latif tampil dengan lagu baharu.
Menurut Najwa atau nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 26, dia tidak melihat pekerjaan tetap itu sebagai alasan untuknya mengundurkan diri daripada industri seni. Sempena tahun baharu 2022, Najwa memberitahu dia muncul dengan single baharu berjudul Bertenang yang merupakan hadiah untuk peminat. Kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini, lagu tersebut dihasilkan bagi meniup semangat kepada pendengar supaya kekal bertenang meskipun dunia kini berdepan pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun.
"Bertenang merupakan sebuah lagu untuk mengingatkan diri bahawa kekurangan yang ada pada diri kita boleh jadi satu kelebihan dan untuk kita, sentiasalah bertenang dalam menghadapi segala cabaran di setiap fasa kehidupan. "Banyak mesej positif yang boleh kita ambil dalam lagu ini. Paling menyeronokkan apabila buah tangan baharu saya ini dapat memberikan nilai baik kepada orang ramai. Saya harap kita semua dapat belajar menghargai diri kita sendiri. "Saya rasa tanpa sokongan pendengar lagu ini tak mungkin dilancarkan. Sempena tahun baharu, berilah penghargaan kepada diri anda kerana sentiasa kuat berdepan apa jua ujian selama ini,” katanya.
|
wirazam replied at 19-1-2022 06:57 PM
Dia pensyarah kat ipts mana Tu..
jerukkedondong replied at 19-1-2022 06:59 PM
Lecturer TESL di UNITAR
ADVERTISEMENT