"Kerja ya cantik, lelaki tak suka kita berharap duit dia" " Menerusi video dimuat naik oleh Kaira di Tiktok yang kini telah mendapat hampir 2 juta tontonan, dia menjelaskan bahawa wanita perlu kerja kerana lelaki tidak suka kita mengharapkan duitnya. Z
aman sekarang, ramai wanita yang ada kerjaya sendiri, yang mampu berdiri sendiri dan tidak perlu mengharapkan duit lelaki semata-mata. Tak kira bekerja sebagai eksekutif, kerani, dropship dan sebagainya, asalkan wanita itu berdikari mencari rezeki sendiri. Kalau nak beli apa-apa dan nak bagi duit untuk ibu bapa, mereka tidak perlu lagi meminta wang daripada suami. Banyak perempuan dan suri rumah di luar sana yang berada dalam fasa denial. Nak beli apa-apa, walaupun keperluan sendiri, perlu tunggu keputusan dari suami. Sedangkan, kalau wanita itu bekerjaya atau ada duit sendiri semuanya dia boleh beli sendiri. Tak perlu tunggu duit suami, terus boleh beli. Bila ibu dan ayah nak minta tolong nak pinjam duit, mereka tidak dapat berikan kerana perlu minta duit dari suami dulu. Sedangkan, jika wanita bekerjaya atau ada duit sendiri bukan setakat pinjam, setiap bulan pun boleh hulur RM100 ke atas untuk ibu ayah. ![]() Sumber: Google Image Seandainya suami itu mampu memberikan segalanya, semestinya dia akan beri setiap hajat si isteri. Tapi kalau duit suami pun cukup-cukup makan untuk keperluan hidup? Memang sukar untuk makbulkan permintaan si isteri kan? Rata-rata netizen juga bersetuju dan menyokong statement Kaira. Ajal maut jodoh semua Allah yang tentukan. Itu rahsia Dia, kita takkan pernah tahu apa yang Tuhan akan tentukan untuk kita. Inilah sebab kita perlu sentiasa bersedia. Jadilah wanita yang berdikari, independent dan boleh berdiri sendiri. Jangan terlalu bergantung kepada orang sekeliling. Kita memang tidak mahu apa-apa jadi dengan suami mahupun rumah tangga kita. Tetapi jika masalah yang terjadi, kita mampu untuk berdiri sendiri. Pada yang masih bujang, belum berkahwin, inilah masa untuk kita berkerja keras, dan menjadi seorang wanita yang berdikari! -CARI |
WeAiNe replied at 17-1-2022 03:31 PM
stay single jika tak nak harap duit laki, sekadar nak tote halal je tak payahlah aishhhhhhhhh, nafka ...
manehnya replied at 17-1-2022 03:04 PM
laki yg tak ada telur saja yg tak suka isteri bergantung kt dia, laki yg perkasa, manly, pasti suka ...
umbut replied at 17-1-2022 02:50 PM
Ko lum kahwin kan dik..pesan ahkakkk.. ko kena harapkan duit laki walau kau ada duit..jgn bagi laki ...
naina replied at 17-1-2022 04:47 PM
Malang nasib ko kalau dapat laki berfikiran cmtu. Aku rasa laki lagi suka kita bergantung kat dia at ...
MrsVeneer replied at 17-1-2022 08:43 PM
Setuju. M living my life when my husband x bg dh kerja. My office now manage by the staff. I stay ...
umbut: Ko lum kahwin kan dik..pesan a ...
ADVERTISEMENT