Selepas gambar memaparkan pelajar sekolah rendah di Sandakan meniti jambatan gantung yang kehilangan sebahagian besar papan pemijak tersebar di media sosial, kini tular pula gambar pelajar yang berhimpit dalam bot kecil tanpa jaket keselamatan sedang dalam perjalanan ke sekolah. Menerusi Facebook, pemilik akaun A Korn Korn memuat naik beberapa keping gambar murid-murid dari Kampung Pituru dan Kampung Timbang Taun berkongsi bot untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Pitas, Sabah. Menerusi gambar, dapat dilihat para pelajar sudah terbiasa dengan keadaan itu. Bagaimanapun, isu keselamatan tidak boleh dipandang remeh. Oleh itu, A Korn Korn yang buntu mencari penyelesaian terhadap masalah berkenaan terpaksa menggunakan media sosial agar mendapat perhatian dari pihak berwajib. "Kepada pihak berwajib, kami tidak ada pilihan lain terpaksa tularkan kes ini kerana sudah lebih setahun tetapi masih tiada tindakan. Tolonglah, mana-mana pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan bantu beri bot lebih besar dan jaket keselamatan. Jangan sampai nasi sudah jadi bubur," katanya. A Korn Korn memohon rakan Facebook untuk mengongsikan perkara berkenaan sama ada di akaun sendiri mahupun mana-mana platform lain. Dia sangat mengharapkan simpati dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi memastikan keselamatan pelajar. Loading FB Post... "Surat permohonan sudah pun diberikan kepada pihak sekolah dan wakil rakyat. Tetapi, kai masih belum mendapat sebarang jawapan walaupun sudah lama berlalu. Mahu tunggu apa lagi? Malang tidak berbau," katanya. Di daerah itu, tahap ekonomi kebanyakan penduduk di kawasan itu masih berada dalam kategori miskin tegar. Masih ramai kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah kerana saiz bot yang kecil. Ia tidak dapat menampung kesemua pelajar yang ada di sana. |
MissYouSayang replied at 15-1-2022 02:58 PM
Puak ko jgk dok vote bn selama ni khuens. So x payah mgelupur la minta dgn badan bukan kerajaan
ADVERTISEMENT