Dalam setiap filem sudah tentu ada karakter utama yang menjadi "hero" dan "heroine" tetapi tak lengkap jika tiada karakter jahat atau "villain", Ini adalah 5 watak jahat yang diinspirasi dari watak sebenar.
Dalam filem Split, pelakon James McAvoy memainkan watak Kevin Wendell Crumb yang mempunyai kecelaruan identiti ataupun Dissociative Identity Disorder (DID),. Crumb dalam filem tersebut mempunyai 24 personaliti berbeza di dalam tubuhnya dan setiap watak itu mempunyai watak yang berbeza. Seorang lelaki yang bernama Billy Milligan telah memberi ilham kepada pengarah filem Split untuk menghasilkan watak Crumb. Milligan juga mempunyai 24 personaliti berbeza di mana 10 daripadanya baik dan 13 lagi jahat. Miligan pernah ditahan atas kesalah merogol dan merompak dari 1975 dan 1977, perbicaraan ini menimbulkan kontroversi kerana ada yang mengatakan Milligan tidak bersalah dan ada pihak mahu Milligan dipenjarakan. Milligan tidak dihantar ke penjara, sebaliknya dihantar ke pusat mental. Milligan dilepaskan pada tahun 1988 dan meninggal akibat kanser pada tahun 2014.
Pengarah filem Wonder Women memerlukan seorang jeneral yang tegas, maka lahir la watak General Lundendorff yang seorang kejam dan obses untuk menang sehinggakan sanggup menggunakan senjata kimia. Watak tersebut diinspirasikan oleh watak sebenar iaitu seorang jeneral Jerman dalam Perang Dunia Pertama , Erich Ludendorff. Lundendoff yang merupakan panglima perang Jerman dari 1916 hingga 1918 dan mendapat pencapaian "Iron Cross" First Class. Tetapi pada tahun 1918 Jeneral itu digantikan selepas beliau gagal dalam satu misi penting.
Filem The Texas Chainsaw Massacre yang dikeluarkan pada tahun 1974 itu menjadi salah satu filem "Thriller-Horror" yang "cult-classic" ikonik, filem itu mengisahkan satu keluarga Sawyer yang membunuh orang dan watak yang paling diingat oleh penonton iaitu Leatherface. Leatherface yang memakai topeng yang diperbuat daripada kulit manusia dan selalu membunuh mangsa dengan tukul, gergaji besi, parang dan banyak lagi. Watak Leatherface ini diambil oleh pembunuh bersiri yang bernama Ed Gein, Ed seorang pembunuh yang mengganas dari 1954 hingga 1957 itu akan memakai sut yang diperbuat daripada kulit mangsa wanita, Ed yang ditangkap oleh pihak berkuasa kemudiannya mengaku tidak bersalah kerana tidak waras dan ditahan ke hospital mental. Sedekad kemudian Ed mengaku bersalah ketika dia dibicara lagi dan meninggal pada tahun 1984.
Filem The Silence of the Lambs itu sebenarnya dalah adaptasi dari Novel yang ditulis oleh Thomas Harris pada tahun 1988, dalam filem dan novel itu memperkenalkan Dr. Hannibal Lecter seorang pembunuh bersiri, dia merupakan seorang psikopat yang membunuh kemudiannya memjamu makan mangsa yang dibunuh olehnnya dan menggelarkan dirinya sebagai "Hannibal the Cannibal". Penulis asal itu memberitahu watak Lecter itu diinspirasikan daripada pembunuh bersiri sebenar yang bernama Alfredo Trevino, Harris pernah menemuramah Trevino di penjara, lebih-lebih lagi Trevino juga merawat banduan lain ketika sedang menjalani hukuman penjara. Trevino ditangkap dan didapati bersalah kerana Trevino membunuh teman wanitanya dan beberapa orang lain sekitar 50-an hingga 60-an. Trevino meninggal pada tahun 2009 ketika berusia 81 tahun.
IT yang berasal daripada novel Stephen King yang dikeluarkan pada tahun 1986. Mendapat filem sendiri yang menggunakan judul yang sama dan watak dalam filem itu memaparkan watak Pennywise The Clown yang akan muncul setiap 27 tahun dan akan menghantui pekan Derry di Maine, AS. Pennywise The Clown akan mengumpan kanak-kanak untuk bermain bersama dan kemudian membunuh mereka. Inspirasi watak yang kejam ini diambil daripada John Wayne Gacy, Gacy yang berkerja sampingan sebagai seorang badut atau Clown yang selalu membuat persembahan di pelbagai tempat. Gacy yang didapati membunuh kanak-kanak dan beberapa remaja lelaki selepas mengumpan mereka datang ke rumahnya untuk menunjuk teknik silap matanya dan kemudian membunuh mangsanya. -CARI |
ADVERTISEMENT