CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Deko Rumah Ala-Ala Farmhouse, Rumah Jadi Lagi Luas Dan Selesa

14-1-2022 10:57 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5431| Komen: 36|Original author: Cinta Erina

Description: Sebenarnya, ramai yang tak kisah jika rumah tidak dipenuhi dengan barang perabit kerana untuk mendeko tidak semestinya memerlukan perabot yang banyak dan mahal.

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

Sebenarnya, ramai yang tak kisah jika rumah tidak dipenuhi dengan barang perabit kerana untuk mendeko tidak semestinya memerlukan perabot yang banyak dan mahal. Bahkan penghuni hanya perlu bijak menggunakan barangan dan perabot serta menyesuaikan dengan warna yag cantik sahaja.

Namun, ada juga sesetengah orang berpendapat rumah tak perlu deko cantik-cantik, kata mereka itu hanya merugikan sahaja. Salah tu, rumah sendiri atau rumah sewa yang dideko cantik akan tampil lebih selesa dan membuatkan kita tak sabar untuk pulang ke rumah.

Seperti perkongsian daripada Puan Watiey ini berkongsi beberapa foto tentang sebelum dan selepas dia dan suaminya mendeko rumah ala-ala ‘farmhouse’. Walaupun nampak ‘simple’ tetapi sangat cantik dan elegan. Ini kerana penggunaan warna dinding dan perabot sangat sepadan.

"Complete da deko!

Ramai yang suka modern decor tapi watiey suka sgt Farmhouse style! Ala-ala rumah orang putih gitu.

Dulu jiwa muda suka rumah kelam-kelam simple, sekarang suka yang nampak bersih . Konsep farmhouse ni lebih rustic, warmth dan traditional. Tapi kami buat ikut bajet sendiri.

Personally area dapur n patio, tempat paling suka sangat. Start dari November tahun lepas, buat dua laki bini je.

Dulu jiwa muda, suka gelap-gelap simple je, decor 2017"

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

"Ruang makan dulu. Habis cantik da rasa ni. Ruang makan sekarang. Beza banyak kan. Cerah mata. Tingkap tu pon mintak hubby buatkan. Hantar kedai pasang cermin. Setengah orang rasa buruk, tapi kami suka. Memang usaha cari yang nampak meja lama macam ni. Harga tak lama ya…Ada je tingkap yang jenis modern, tapi tak kena dengan jiwa katanya. Jadi, decide buat sendiri untuk nampak lebih rustik. Sebab tak nak nampak kosong sangat watiey letak painting and bench."

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

"Ruang tamu dulu crowdednya aiyo…Ini ruang tamu sekarang, Fireplace memang essential untuk tema farmhouse. Nasib la suami pandai bertukang. Pon buat sendiri."

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

"Pantry come. Ingat nak buat barn door kecik tapi tak sesuai, so watiey pakai la lansir je untuk tutup. Tadaaaa, stock untuk anak buah bila datang. Diri sendiri tak makan sangat pun. Dekat atas tu watiey letak lampu kecik. Ada remote and boleh tekan juga dekat lampu tu. Watiey tak pilih motion sensor sebab kucing dalam rumah kang tak pasai on sedia."

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

"Dapur kecik comel je. Tu backsplash jenis sticker."

Sumber: Facebook Watiey Abdullah

"Bilik tetamu dulu pakai kayu pallete. Bilik tetamu sekarang, deco lebih simple. Sebab kadang-kadang family datang terutamanya orang tua so kita guna warna hijau fresh and lembut je…"

Ya Allah cantik betul deco yang dibuat oleh Puan Watiey dan suaminya. Geram tengok, macam kat rumah mat saleh! Semoga satu hari nanti tercapai juga impian kita yang nak deco rumah cantik macam ini!  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 14-1-2022 11:01 AM
cantiknya....
agak2 harga nya pun cantik x
Quote kucingitam 14-1-2022 12:32 PM
nak nampak luas memang letak warna putih semua...confirm nampak cantik
Quote lattehazelnut 14-1-2022 01:48 PM
I pun perabut sume putih tp style japandi.. cuma bab maintain tu penat sikit la.. nak lap habuk suma.. i panggil maid sebulan sekali lap
Quote mama_cat 14-1-2022 01:52 PM
suka konsep farmhouse sbb rumah ada personality.. maybe aku suka style2 cmni.. kutip brg lama, repurpose...
Quote rospinki 14-1-2022 02:02 PM
tekak melayu aku suka simpel takde konsep mana suka aku janji rumah bersih dan kemas. melayu smua nk ikut omputeh
Quote jazaa100 14-1-2022 04:37 PM
Deko lama dia so kg.com.....

Nasib baik ada kesedaran nk ubah ....
Quote Artemesiaa 14-1-2022 05:10 PM
Dah hias cantik2 kenalah rajin maintain kalau tak akan jadi buruk juga
Quote marbelle 14-1-2022 07:49 PM
Simple lg cantik.. klu guna warna putih dan cream mmg tenang je tgk
Quote Zack8hunter 16-1-2022 08:42 PM
bini aku dah inform siap2.. toksah nk deco2 sgt yg boleh perangkap habuk.. wainscoting, flutted wall, shiplap wall, pokok pelesu gantung2 bagai tu semua buat perangkap habuk jer..haha
Quote makadek 16-1-2022 10:37 PM
Rumah aku minimalis
Bilik aku lak gray dn hitam
Cadar putih ..aku suka duk dlm bilik yg gelap ..dn bergelap fmly aku dtg bising
Napa la aku tk suka bukak lampu
Laki aku pn ckp duk dlm guaaa ker
Dapur aku konsep industri ..
Laman bali..
Quote Zaien 17-1-2022 11:14 AM
kucingitam replied at 14-1-2022 12:32 PM
nak nampak luas memang letak warna putih semua...confirm nampak cantik

btol2.. putih ni mmg main peranan...
Quote elzy 24-1-2022 03:24 PM
Penggunaan warna putih ruang nampak luas.. sedap mata memandang
Quote angelscomera 25-1-2022 03:45 PM
PU Building Materials are used for the construction of exterior building materials, polyurethane balustrade system, pu cornice moulding , faux rock panels exterior, decorative cornice manufacturers, ceiling medallion manufacturer , exterior cladding panels, outdoor faux stone panels , exterior wall panels, exterior wall shingles, exterior wall underlayment, exterior wall panels, exterior wall cladding, exterior wall insulation and exterior wall sealant.
Quote Meiizu 25-1-2022 08:31 PM
Zack8hunter replied at 16-1-2022 08:42 PM
bini aku dah inform siap2.. toksah nk deco2 sgt yg boleh perangkap habuk.. wainscoting, flutted wall ...

flutted wall, shiplap wall - lawa wehhhh. cuma wainscoating petak2 tu ada org bagitau so yesteryear
Quote Crackerlin 4-2-2022 08:12 PM
Zaien replied at 17-1-2022 11:14 AM
btol2.. putih ni mmg main peranan...

Sama la suka warna putih semua perabut kalau tak putih pun warna hitam. Tapi kena pndai deco jugak la sikit nnti serabut bnyk2 perabut
Quote phoeber 4-2-2022 08:15 PM
Crackerlin replied at 4-2-2022 08:12 PM
Sama la suka warna putih semua perabut kalau tak putih pun warna hitam. Tapi kena pndai deco jugak ...

putih2 ni cepat kotor la. Warna gelap2 lawa senang nak jaga. Tak yah lap hari2 pun nmpk kemas je. Mesin basuh peti sejuk semua warna hitam & grey
Quote yolosan 4-2-2022 08:18 PM
phoeber replied at 4-2-2022 08:15 PM
putih2 ni cepat kotor la. Warna gelap2 lawa senang nak jaga. Tak yah lap hari2 pun nmpk kemas je.  ...

Guna mesin basuh body colour putih kat rumah yg brand electrolux tapi mudah rosak. Gigih nak ikut tema sngt huhu
Quote becir 4-2-2022 09:16 PM
Cantik rumahnya tapi I cannot brain letak pendiang api..a big no no
Quote meijimeijiji 4-2-2022 10:50 PM
cantikkkk! tapi kan sisturrr, ada tak gambar ruang laundy?? sbb rumah i ni pon rumah apartment
kecik je so macam ruang laundry tak de sangat..ngam-ngam mesin basuh je tu.. tp dah buat tempat utk masak...aduiii buntuuu! cari kat google pun tak jumpa inspired

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075053 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top