CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Dera Anak Boyfriend- Tekap Muka Atas Papan Seterika, Cili Mulut Dan Mata

14-1-2022 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3823| Komen: 29

Melaka – Seorang janda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menekap muka anak teman lelakinya berusia enam tahun di atas papan seterika dan menenyeh cili di mata, mulut serta pipi mangsa, tahun lalu.


Tertuduh, Chan Wan Ting, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun telah mendera anak itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di mana tangan kanannya mengalami luka.


Foto: Kosmo


Pipi kanan mangsa juga terdapat kesan akibat ditekap di atas papan seterika yang panas.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10.15 pagi di rumah teman lelakinya di Taman Merdeka, Batu Berendam pada 2 Ogos 2021.

Tertuduh juga didakwa telah mendera mangsa sama yang merupakan anak teman lelakinya dengan mengakibatkan kecederaan pada mulut, kedua belah pipi dan mata kanan menggunakan cili.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 7 pagi sehingga 8 pagi di tepi jalan di Taman Merdeka pada pertengahan bulan Mei 2021.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan bagi kedua-kedua pertuduhan.

Tertuduh yang diwakili Peguam Cassian Anthony dan Kent Tan Chow Teng merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menjaga dua orang anaknya, selain menganggur selepas hilang pekerja sebagai kerani tahun lalu.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, Nariman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Beliau turut menetapkan tarikh 15 Februari depan sebagai sebutan semula dan serahan laporan perubatan serta forensik kes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-1-2022 05:04 PM
Masaalah orang dewasa tetap budak2 jadi mangsa
Quote makneng 14-1-2022 07:20 PM
Chebye ek cinasoh
Quote angelofish 14-1-2022 07:45 PM
betina sial
Quote shernazz 14-1-2022 07:45 PM
Cilikan aje poen dia
Baru tau..
Quote sukacactus 14-1-2022 07:47 PM
Ishhh! Berkerut muka aku baca dia gigih menenyeh cili kat budak tu
Meraung ntah cemana la kena siksa
Quote Suchi 14-1-2022 08:17 PM
Sampai bila la berita camni akan berakhir, kalau tak anak gelpren anak boipren.

Ibu2 dan bapa tunggal tolongla letakkan anak kalian di depan sekali.
Nak cari boipren baru ke gelpren baru jgn la import dr neraka.
Quote ~boolean 14-1-2022 08:23 PM
akhirnya keluar juga cerita cina buat jahat...14 hari masuk 2022, hat melayu ja juara kejahatan setiap hari..
Quote swimswim 14-1-2022 08:45 PM
Kesian. Kena tenyeh cili. Cainis da la x tahan pedas
Quote Adrif 14-1-2022 08:47 PM
budak 6 tahun tu. habis la makcik ni, kalau nyawa diorang panjang, budak tu balas dendam dah besar nanti. trauma weyh

aku masa umo 5-6 tahun, makcik babysitter tu selalu cubit, tampar, lepas tu hentak kepala aku kat dinding. ingat lagi. kejam gila. sampai sekarang aku tak maafkan makcik tu.

kalau aku jadi budak ni, dendam tak hilang, dah besar mau cari dia pastu tekap sterika panas balik
Quote SalenaGomez 14-1-2022 09:14 PM
Adrif: budak 6 tahun tu. habis la mak ...


Mmg akan paranoid kan…umur2 mcm ni mmg akan ingat sampai mati

SG baca pon, paling xleh bayang tenyeh cili kat mata…mulut boleh laa bertahan lagi…kalau mata mmg psiko lah
Quote musangbodoh 14-1-2022 09:15 PM
Adrif replied at 14-1-2022 08:47 PM
budak 6 tahun tu. habis la makcik ni, kalau nyawa diorang panjang, budak tu balas dendam dah besar n ...

dia geram dgn ko tu...suh lukis ayam ko bantai lukis anjing...kan dh kena...koo yg salah sebenonye...maaf lawak ja ehhh
Quote musangbodoh 14-1-2022 09:19 PM
cinis kalo kapel mcm kes nie...dorang nk tumpuan pd dia ja...tu sbb kes nie nnti mcm kasih tu dibahagi 2 ....paham ka dak???

btw kan ade kes aritu yg laki tu humban anak dia jatuh bgunan sbb awek dia x suka bdk kecil.....cinis juga kan
Quote Buritan 14-1-2022 09:59 PM
Suchi: Sampai bila la berita camni ak ...


Jande dude ade anak jgn kawinn.. kalo tak kena rogol.. kena deralaa anak hangpa.. nak ngeseks yg isle tonyoh jah laa pd pokok.. yg bkn isle lggn pelaco
Quote hareeeesah 14-1-2022 11:02 PM
Court dh bleh kot tanya pasangan cerai siapa  bebtul nk jaga anak ke x? Kalau scandal gf bf baru tu tak ske ko bagi je la ex jaga. X payah nak rebut hak sana sini. Byk kes dah dapat x jaga plak didera lagi bdk tu..
Quote allshares 15-1-2022 12:21 AM
Di tepi jln pun sempat bawa cili utk tenyeh pada budak. Mmg bawa cili kemana2 ke? Hati busuk betul moga mati tercekik biji cili tersedak2 tanpa henti selama 2-3 jam dulu baru hazam
Quote Carcosa 15-1-2022 12:27 AM
Sial nye betina pemakan babi ni.
Tepi jalan pepagi kau buat gitu dkt anak orang. Bukan burit kau yg beranak kan, sesenang kau je dera anak orang. Bila dah masuk court, dan2 lah takde duit lah, kena buang kerje la, ada anak sendiri 2 ekor lah.
Kalau aku jadi adik ni, kang sial ni dah tua, siap kau. Aku cili pepek layut dia dgn cili
Quote matchstick 15-1-2022 01:25 AM
allshares replied at 15-1-2022 12:21 AM
Di tepi jln pun sempat bawa cili utk tenyeh pada budak. Mmg bawa cili kemana2 ke? Hati busuk betul m ...

Mungkin otw balik from kedai runcit membeli cili
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 01:32 AM
Jande zolim..
Quote me12345 15-1-2022 08:30 AM
Nak apak nye je...anak tak nak

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.124073 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top