CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami 24 Tahun, Isteri 61 Tahun Teringin Nak Anak Sendiri

14-1-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2513| Komen: 17

Description: Washington – Sepasang suami isteri dengan jarak usia 37 tahun dari bandar Rome di negeri Georgia membalas kecaman netizen kerana mereka ingin mempunyai anak sendiri, lapor akhbar The Sun.
Washington – Sepasang suami isteri dengan jarak usia 37 tahun dari bandar Rome di negeri Georgia membalas kecaman netizen kerana mereka ingin mempunyai anak sendiri, lapor akhbar The Sun.


Quran McCain, 24, pertama kali bertemu isterinya, Cheryl McGregor, 61, ketika dia baru berusia 15 tahun. 

Pasangan itu terputus hubungan seketika tetapi bertemu semula pada 4 November 2020 ketika penjaga Quran melihat Cheryl bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. 


Foto: The Sun

Perkahwinan mereka yang berlangsung semasa musim luruh pada September 2021 mendapat pelbagai kecaman di media sosial selepas kisah cinta mereka menjadi tajuk berita.


“Cheryl berusia 61 tahun dan sudah mempunyai tujuh anak serta 17 cucu tetapi kami rasa berhak untuk mempunyai  anak sendiri.

“Kami cuba mendapatkan anak sendiri , namun disebabkan faktor usia, mendapatkan ibu tumpang atau anak angkat adalah pilihan yang lebih baik,’’ kata Quran.

Menurut Quran, mereka sedang merancang untuk mengambil anak angkat berdarah kacukan daripada dua bangsa berlainan supaya dianggap sebagai ibu bapa sebenar.

“Kedua-dua anak perempuan Cheryl menjalani pembedahan membuang rahim beberapa tahun lalu.

“Jika tidak, mereka menjadi pilihan terbaik bagi kami untuk mendapatkan anak sendiri,’’ jelas Quran. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 14-1-2022 05:01 PM
La, nama dia Quran ke.  Ingat apa la artikel ni dok sebut Quran Quran.  Btw, nenek naw naw naw bini kau.  Maybe ada harapan dapat anak kalau kau ikut ahkak Jepun thread sebelah tu, celup la anak dara white.
Quote faraway1 14-1-2022 07:32 PM
Cari ibu tumpang
Quote angelofish 14-1-2022 07:52 PM
kesian anak.ai pon lahir masa mak ai umur 40 an. dan hasil nya .ai sempat bermanja 15 tahun sahaja
Quote Suchi 14-1-2022 08:13 PM
angelofish replied at 14-1-2022 07:52 PM
kesian anak.ai pon lahir masa mak ai umur 40 an. dan hasil nya .ai sempat bermanja 15 tahun sahaja

Ermm mak meninggal sbb sakit ke? Bila baca ni iols kena fikir berkali gak nak tambah anak lg.
Risau anak kecik lg kita dh meninggal, memandang kan arwah mak ngn abah iols pun meninggal awal. Baru masuk 60an dh meninggal.
Quote Jitu 14-1-2022 08:34 PM
kawan bapak aku kahwin dgn andartu lepas bercerai dgn bini dia  
tak tahu ada anak lg ke tak
dia umur 60an dah klu ada anak kecik pulak tak tahu lah
Quote naina 14-1-2022 10:33 PM
Terlalu tua la nenek ni untuk umur 61 tahun. macam 81 tahun daa..maybe terlalu kurus kot
Quote Vellfire 14-1-2022 10:35 PM
boleh lagi ke? maksud aku...
risiko dah umur gitu
Quote IRZeeBuk 14-1-2022 10:46 PM
Jodoh, maut semua di tangan Allah S W.T . Wallahuallam
Quote mamajawie 14-1-2022 10:52 PM
Allahuakbar..adik bongsu iollss pun masa apak iollss meninggal masa tu darjah 5 iollss da umo 23 mse tu..tapi ksian kat adik iollss tu xdapat bermanja lama dengan apak iollss
Quote yum3 17-1-2022 09:32 AM
aduhai... yg bukan2 zmn ni..... aduhai nenek sgt ni...
Quote Supersirap 17-1-2022 10:19 AM
Jika ada rezeki apa salahnya
Quote berusjamban 17-1-2022 10:26 AM
Btol ke nenek tu umo 61?
Mak aku yg 65 pun lawa lagi
Quote my_irina 17-1-2022 10:30 AM
good luck!!! hehe
Quote Simunggu 17-1-2022 10:35 AM
bukan monopos sudah???
Quote buragazz 17-1-2022 12:18 PM
Ada lagi ke tidak telor... sibuk2 nak extract tetiba monopos.. putih mata.. hehe
Quote Solokkk 17-1-2022 12:23 PM
Nenek tuh nampak tua dari usia sebenar
Quote edayildiz 17-1-2022 12:43 PM
angelofish replied at 14-1-2022 07:52 PM
kesian anak.ai pon lahir masa mak ai umur 40 an. dan hasil nya .ai sempat bermanja 15 tahun sahaja

mcm tu pulak kan..bila bc ni terfikir pulak..kalauuu laki umo 50...kjp jer ank knl bapak dorg..tiber

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.314941 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top