Rakaman tular memaparkan seorang remaja lelaki yang dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri wang tabung sebuah masjid hangat menjadi perbualan netizen.
Lebih memilukan, dia ketika perbicaraan mahkamah mendakwa terpaksa bertindak sedemikian demi mendapatkan wang untuk membeli ubat ubatan datuknya yang menghidap kencing manis. Kisah itu pantas mendapat perhatian netizen yang mana rata-ratanya simpati, malah menyuarakan hasrat untuk membantu selepas dia dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis. Di sebalik kisah tular itu, timbul pula pendedahan demi pendedahan lain yang membongkar mengenai diri dan tindak tanduk sebenar remaja itu.
Dakwa aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, remaja berkenaan merupakan seorang penagih dadah. "Dia kaki syabu menurut maklumat yang diterima. Mahkamah bukan khilaf, mesti fakta untuk tuduh cukup, baru polis akan tuduh dan mahkamah akan jatuh hukuman yang setimpal. "Mungkin dalam rayuan, dia jual cerita sedih pada majistret, tapi majistret lebih arif dan tidak beli story dia dalam rayuan. "Maka, majistret telah menjatuhkan hukuman yang tepat dan adil," jelas Uncle Kentang panjang lebar menerusi satu catatan di ruang komen di Facebook yang turut tular. Tambah Uncle Kentang, dia beranggapan pihak masjid juga berkemungkinan sudah muak dengan sikap remaja itu sehingga mereka tergamak memandikannya seperti jenazah. "Takkan la majistret nak jatuhkan hukuman sebegitu jika tertuduh memang mencuri untuk beli ubat untuk atuk. "Saya rasa masjid pun masak dengan perangai dia. Kalau tidak, masjid akan lepaskan dia dan bantu dia. Ini mungkin masjid dan tahu sangat perangai dia, barulah pihak masjid bawa ke balai polis. Kita harus tahu cerita sebenarnya," ujar Uncle Kentang lagi. Di Twitter pula, netizen memberikan reaksi berbeza-beza mengenai isu itu. Menurut seorang netizen, remaja berkenaan wajar dihukum atas perbuatan tersebut. Namun katanya, tindakan pihak masjid yang memandikannya seperti jenazah juga tidak wajar dan dianggap memalukan. Untuk rekod, Sinar Harian pada Khamis melaporkan Daniel Iskandar, 19, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu. Dia yang juga seorang penganggur mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyembunyikannya dalam bilik mandi jenazah. Perbuatan itu dilakukan di masjid berkenaan di Kilometer (KM) 28 Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, 8 Januari lalu. -CARI Sumber: mStar Online
|
Skuau replied at 14-1-2022 03:06 PM
wa..bersimpati dgn hidup sorang remaja 19 taun...yg awal2 lg dh 'musnah'..akibat masalah institusi k ...
krustykrab replied at 14-1-2022 03:20 PM
Sb tu lah org cipta kondom.
Kalau nk sedap2 tak nk ada tanggungjawab sila guna kondom
Dan masyarakat ...
jazaa100 replied at 14-1-2022 04:20 PM
Setuju.....
Mak bapak tau ngeseks je....dpt ank dah bercerai, tinggalkn mcm tu je.....ank tu tak ...
gideoncross replied at 14-1-2022 06:00 PM
Zmn skrg org sllu sibuk/busy body kuat tnya knpa x dpt krja lgi, knpa x khwin lgi & knpa x dpt ank ...
chandrahusin replied at 14-1-2022 03:03 PM
bdk ni lambang kegagalan seluruh institusi negara
dia kaki syabu
dia jgk anak mangsa mak ayah yg tak ...
ADVERTISEMENT