CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Berselawat 100 Kali Setiap Kali Jumaat Akan Dikabulkan 100 Hajat Oleh Allah- Hadis Lemah

14-1-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1351| Komen: 42

Description: Putrajaya: Umat Islam digalakkan memperbanyak amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW pada hari Jumaat kerana memang ada kelebihan yang tidak dapat dinafikan.
Putrajaya: Umat Islam digalakkan memperbanyak amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW pada hari Jumaat kerana memang ada kelebihan yang tidak dapat dinafikan.


Bagaimanapun, hadis yang mendakwa konon ada fadilat sesiapa berselawat 100 kali setiap kali Jumaat akan dikabulkan 100 hajat oleh Allah adalah terlalu daif atau lemah untuk diyakini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) memkalumkan, menurut hantaran terkini dalam Irsyad Al-Hadith disiarkan laman sesawang rasminya semalam, hadis itu boleh diragui kredibilitinya.

Via Kosmo

“Hadis ini amat lemah disebabkan beberapa sebab antaranya ada dua perawi bermasalah iaitu Hakkamah binti Uthman dan bapanya sendiri, Uthman bin Dinar dan kedua-dua mereka merupakan periwayat hadis yang tiada kewibawaan dalam periwayatan sabda Nabi Muhammad SAW walaupun bersumberkan dari sahabat baginda, Anas bin Malik.


“Bahkan kajian seorang ulama kontemporari, al-‘Uqaili mendapati bahawa Hakkamah sering dikesan meriwayatkan banyak hadis batil yang tiada teks asal daripada ayah beliau sendiri,” katanya.

Pada masa sama, ujar PMWP, hadis berkenaan diriwayatkan wanita itu secara tafarrud atau bersendirian kerana tiada jalur lain yang menyokong periwayatan disampaikan Hakkamah.

Ramai ulama hadis turut mempertikai kredibiliti Uthman antaranya Imam al-Zahabi yang mengkritik beliau sebagai perawi tiada kelayakan dalam periwayatan hadis Rasulullah SAW. Hadis ini namun ditemukan dalam beberapa kitab antaranya al-Targhib wa al-Tarhib oleh Qawam al-Sunnah selain Imam Abu Bakar al-Baihaqi dalam kitab Syu’ab al-Iman dan Fadail al-Awqat.

Ia popular kerana orang awam tidak mahir ilmu hadis melihat riwayat jalur bertemu madar atau paksi yang sama bersumberkan dari Anas, iaitu sahabat Nabi SAW terakhir meninggal dunia.

Walaupun hadis ini bertaraf daif, PMWP tidak pula menafikan kelebihan berselawat ke atas baginda pada Jumaat, antaranya hadis dinukilkan al-Baihaqi dalam kitab al-Sunan al-Kubra yang bermaksud, banyak selawat ke atasku pada setiap Jumaat, kerana selawat umatku dibentang kepadaku pada setiap Jumaat dan yang paling banyak adalah paling hampir kedudukannya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-1-2022 01:24 PM
Solat jarak semeter mana hadisnye?
Quote Simunggu 14-1-2022 02:48 PM
tak faham kenapa hadis lemah, ada hadis betul...hadis lemah tu hadis sesatlah kan?
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 02:54 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 02:48 PM
tak faham kenapa hadis lemah, ada hadis betul...hadis lemah tu hadis sesatlah kan?

Hadis OKU..
Quote jas7512 14-1-2022 03:07 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 02:48 PM
tak faham kenapa hadis lemah, ada hadis betul...hadis lemah tu hadis sesatlah kan?

Hadith lemah bila sanadnya dari perawi yg diragui kebenarannya...akhlaknya ...etc...so berpegang je lah pd hadith dr perawi yg tak diragui kebenarannya contoh mcn bukhari dan muslim..tarmizi etc
Quote Simunggu 14-1-2022 03:23 PM
jas7512 replied at 14-1-2022 03:07 PM
Hadith lemah bila sanadnya dari perawi yg diragui kebenarannya...akhlaknya ...etc...so berpegang j ...

kalau dah tahu palsu jangan disebut sebut lagi kan
Quote mbhcsf 14-1-2022 03:29 PM
Edited by mbhcsf at 14-1-2022 03:32 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 02:48 PM
tak faham kenapa hadis lemah, ada hadis betul...hadis lemah tu hadis sesatlah kan?

saudara,

Hadis lemah tu hadis yg matan atau sanadnya  tak kuat dari segi perawi and aspek aspek perawi yang khabarkan kandungan hadis tu.
Nak tahu lanjut cer baca sedikit buku mustolah al hadis, it is okay and berguru. Anda akan tahu more about cara hadis tu diklasifikasikan sebagai hasan sahih  etc etc. Banyak cara untuk menilai hadith bukan sahaja perawi tapi juga kandungan and konteks and banyak lagi. very elaborate.

So hadis sanad yg lemah dari segi beberapa komponen  ia bukan sesat , cuma apa yg perlu bagi seorang islam ialah :

i)  Hanya mengambil mesej utama hadis tu - berselawat itu baik
ii) Selawat yg bertereusan and selalu dilakukan akan dapat syafaat  daripada baginda rasulullah saw kelak di hari akhirat.
iii) hadis yg lemah TIDAK AKAN didiambil sebagai BUKTI UNTUK ISTINBAT atau menerbitkan hukum


so itu yg i faham,
hope this helps.

so i hope we muslim kita tak perlu kecoh kecoh pasal hadis yg lemah and semua.
Quote Simunggu 14-1-2022 03:35 PM
mbhcsf replied at 14-1-2022 03:29 PM
saudara,

Hadis lemah tu hadis yg matan atau sanadnya  tak kuat dari segi perawi and aspek aspek pe ...

ada 2 shj pilihan ....salah atau betul...neraka atau syorga....batal atau tidak batal
Quote mbhcsf 14-1-2022 03:41 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 03:35 PM
ada 2 shj pilihan ....salah atau betul...neraka atau syorga....batal atau tidak batal

no, pada penilaian mereka yg exper dalam hadis , ada aspek aspek yg mendalam depa timbangkan dan bukan setakat perawi sahaja. So pada I , ada aspek yg dalam hadis tu menyebabkan dia dhaif ...tak sampai level hasan sahih. kalau hadis ni jatuh pada  palsu dah lama depa klasifikasi kan sebegitu, tapi depa yg timbangkan mungkin dalam penilaian depa depa buh taraf dhaif.
Quote kemaruk 14-1-2022 03:46 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 03:35 PM
ada 2 shj pilihan ....salah atau betul...neraka atau syorga....batal atau tidak batal

fuyooo anti hadis ka?
Quote gigi 14-1-2022 04:11 PM
klu dah hadis lemah tak payahlah nak buat lagi....tak perlu ada pertikaiannya
Quote jazaa100 14-1-2022 04:23 PM
Selawat je lah....

Tu pun nk kena ada bukti hadis lemah tak lemah.....
Quote TeropongThaico 14-1-2022 04:43 PM
Berselawat je... Insyaallah ada ganjarannya. Tak yah le nak demand ganjaran dlm bentuk apa2 atau bagaimana. Yakin ja buat baik akan dibalas baik cepat atau lambat.
Quote Lavender85 14-1-2022 10:36 PM
JUMAAT PERBANYAKKAN SHOLAWAT ????

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” 

[Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Quote Lavender85 14-1-2022 10:40 PM
selawatlah sebanyak mgkin setiap hari buat kekasih Allah baginda rasulullah saw.

Kalau tak berlatih sekarang.. Bila lagi nak berlatih.. Ulama dah bagi pembayang..

Jangan kita sembang boleh berzikir & berselawat disaat darurat kalau waktu aman pun tak baca.

(Ustaz Abi Chai AlAjami)



Quote abangbikerz 14-1-2022 10:40 PM
klu blh main jampi je baca itu ini senang la hidup
Quote Decaffeinated 14-1-2022 10:45 PM
Simunggu replied at 14-1-2022 03:35 PM
ada 2 shj pilihan ....salah atau betul...neraka atau syorga....batal atau tidak batal

hadis lemah tu macam fake news tapi good news

nak buang sayang so sebar jugak lah sebab good news kan


Quote Lavender85 14-1-2022 10:46 PM
*JANGAN TINGGALKAN SELAWAT*

Dahulu umat selalu datang kepada Rasulullah, membawa masalah-masalah mereka, memohon pertolongan, dan Rasulullah menolong mereka, memberikan jalan keluar untuk semua masalah mereka.
.

Mengapa sekarang ini umat muslim selalu banyak masalah, menjadi yang terbelakang?


Kerana mereka lupa untuk datang pada Rasulullah Shallallahualahiwasalam. memohon pertolongan Baginda. Mereka telah lupa untuk selalu mengagungkan nama Rasulullah Shallallahualahiwasalam berselawat kepada beliau. Maka mereka tidak bisa mendapatkan jalan keluar bagi masalah-masalah mereka.

☘️Mawlana Syaikh Muhammad Hisyam Kabbani].
Quote Lavender85 14-1-2022 10:50 PM
Hubabah Zahrah ditanya orang tentang amalan apa yang diamalkannya :

“Wahai Hubabah Zahrah, anak-anakmu semuanya menjadi orang Soleh.  Apa amalannya wahai Hubabah?"

Dijawab oleh Hubabah Zahrah,
“Perbanyakkanlah berselawat dan cintailah orang-orang Soleh, kelak kamu juga akan memperolehi keturunan yang soleh”

Hubabah Zahra Al Haddar (Ibunda Habib Umar) ????✨
Quote Lavender85 14-1-2022 10:52 PM
AKIBAT PURA-PURA BERSELAWAT

Seorang artis terkenal yang sering membintangi filem-filem di Mesir,
suatu ketika mendapat watak berlakon di sebuah filem untuk melakonkan Sayyidah Rabiatul Adawiyah.

Di filem tersebut dia hanyalah acting, pura-pura menjadi seorang wanita solehah, pura-pura solat dan ibadah-ibadah yang lain termasuk pura-pura memperbanyak membaca selawat, kerana memang Sayyidah Rabiatul Adawiyah, tokoh yang dia lakonkan itu, selama hidupnya mengamalkan 25 ribu selawat setiap hari. Mau tak mahu si artis pun pura-pura pula banyak berselawat selama shooting film tersebut.

Dipendekkan cerita. Tak lama berselang setelah artis tersebut menyelesaikan filem tersebut, dia bertaubat. Asbab taubatnya sungguh luar biasa.

Dia bertaubat setelah diberi keberuntungan bermimpi Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam dalam tidurnya. Setelah mimpi, dia mendatangi seorang ulama ternama di Mesir iaitu Syeikh Mutawwali Sya'rawi untuk membimbing taubatnya.

Itulah kehebatan selawat. Selawat dibaca walau dengan pura-pura pun tetap sampai kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

- Ustazah Syarifah Halimah Alaydrus -

اللهم صلِّ وسلِّم على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلِّم تسليما

Amal sedikit besar keberkesanannya. ❤

Lihat semua komen(42)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 1.175418 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top