Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-50, pelakon veteran, Dato Jalaludin Hassan meluahkan ucapan istimewa buat isterinya, Rapidah Abd Ghani di Instagram. "Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran. Mungkin aku hebat mencurahkan perasan hati ku, namun ianya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku. Menurut Jalaludin Hassan, dia tidak pandai meluahkan isi hati secara realiti jika dibandingkan dalam dunia lakonan. Oleh itu, pelakon filem ‘Pulang’ ini mengambil kesempatan yang ada untuk meluahkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun kelahiran yang ke-50. Ujar Jalaludin, dia mendoakan agar isterinya itu dikurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah. Happy birthday sayang. Isteri ku dunia akhirat." Romantiknya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen menyatakan Dato Jalaludin Hassan seorang yang sangat romantik dan sentiasa tersenyum apabila bersama isteri tercinta. Netizen turut mendoakan pasangan ini sentiasa sihat dan berkekalan hingga ke akhir hayat. -CARI |
kelip2_07 replied at 14-1-2022 12:09 PM
mcm cite si anu sorang tu kn..meratap hiba laih2 nk kawin lg
Kancilkering replied at 14-1-2022 12:38 PM
haaahaahha si anu
sama je ngan si dato n dato dada
AshkieLa replied at 14-1-2022 02:26 PM
teringat aritu program masak2..lupa plak nama program tu.
wife tok ni masak masakan kesukaan tok..
s ...
makadek replied at 14-1-2022 02:44 PM
Siyesssss tp bini dia lawa.
Tk kan la tk sdp sgt rasa mcm samph sampai kena lueh
3chanceno replied at 14-1-2022 12:50 PM
Bini lebih muda dari dia, maka tunjuklah perasaan takut ditinggal
Pelik tok tak pikir ke perasaan ...
puan_rohayu replied at 14-1-2022 02:36 PM
Lelaki xpa kedua2 isteri nanti penemannya di syurga nanti insyaAllah.Tapi klu perempuan suami mati d ...
puan_rohayu replied at 14-1-2022 02:36 PM
Lelaki xpa kedua2 isteri nanti penemannya di syurga nanti insyaAllah.Tapi klu perempuan suami mati d ...
ADVERTISEMENT