Edited by Cintaerina at 14-1-2022 11:13 AM
Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-50, pelakon veteran popular di Malaysia iaitu Dato Jalaludin Hassan menulis ucapan istimewa buat isterinya, Rapidah Abd Ghani di Instagram.
"Realitinya aku tidak pandai mencurahkan perasan hati ini. Berbeda ketika aku di dalam set pengambaran. Mungkin aku hebat mencurahkan perasan hati ku, namun ianya hanya sekadar lakonan dalam menghayati watak atas arahan Tuan Director Ahmad Nisfu demi sesuap nasi untuk menyara keluargaku.
Menurut Dato Jalaludin Hassan, dia tidak pandai meluahkan isi hati secara terang-terangan jika dibandingkan dalam dunia lakonan. Oleh itu, pelakon filem ‘Pulang’ ini mengambil kesempatan yang ada untuk meluahkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun kelahiran yang ke-50.
Ujar Dato Jalaludin, dia mendoakan agar isterinya itu dikurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, dimurahkan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.
Happy birthday sayang. Isteri ku dunia akhirat."
Romantiknya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen menyatakan Dato Jalaludin Hassan seorang yang romantis dan sentiasa tersenyum bahagia apabila bersama isteri tercinta. Netizen turut mendoakan pasangan ini sentiasa sihat dan berkekalan hingga ke akhir hayat. -CARI
|