CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Megi Janda Anak Ramai Jadi Perhatian

14-1-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2777| Komen: 33

Kuala Nerus – Percubaan berani pasangan suami isteri memperkenalkan menu mi segera yang dimasak menggunakan buluh menjadi apabila mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.


Nur Shella Abdullah, 28, berkata, satu lagi menu ialah mi segera bersaiz besar yang dinamakan ‘megi janda anak ramai’ juga dicari pelanggannya untuk menjamu selera sepanjang musim tengkujuh ini.

Katanya, dia dan suami, Wan Ahmad Faizal Ahmad Azahar, 30, mula berniaga mi segera yang dimasak menggunakan dapur arang mulai Mac tahun lalu.


Foto: Kosmo

“Begitupun, bagi mencipta kelainan, kami perkenalkan mi segera dimasak di dalam buluh seolah-olah memasak lemang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini kelmarin.


Pekerja Kedai Megi Dapo Arang Jijo menghidangkan mi segera yang dimasak dalam buluh di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus.
Nur Shella berkata, walaupun mi segera buluh memerlukan kira-kira 25 minit untuk siap dimasak, ia menghasilkan aroma dan rasa lemak yang unik dan berbeza.

“Mi segera dijual pada harga semurah RM3 dan mempunyai pilihan pelbagai makanan laut yang dijual mengikut harga pasaran.

“Bagi mi segera yang dimasak dengan buluh, caj tambahan RM6 dikenakan dan sam­butan diterima sangat hebat,” ujarnya.


Foto: Kosmo

Bagaimanapun, Nur Shella memberitahu, buat masa ini, kedainya hanya mampu menyediakan 100 hidangan mi segera yag dimasak dengan buluh dalam sehari berikutan faktor masa dan bekalan buluh.

Dalam pada itu, katanya, menu megi janda anak ramai pula agak istimewa kerana dimasak bersama pelbagai makanan laut seperti udang galah, ke­tam, sotong, kepah dan lala.

“Setiap hidangan ini boleh dimakan sehingga empat orang dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Harganya antara RM40 hingga RM50 semang­kuk,” ujarnya.

Kedai Megi Dapur Arang Jijo dibuka antara pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Rabu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 14-1-2022 09:59 AM
Janda jugak yg dapat nama... Tibehh
Quote sarahmirza 14-1-2022 10:01 AM
Kenapa janda?
Sound kekampungan sangat...
Quote LoveSungmin 14-1-2022 10:01 AM
makanan kot tu.. tak boleh bagi nama elok sikit ke? marketing sampah betul
Quote Suchi 14-1-2022 10:11 AM
Ingat kan janda yg meniaga rupanya bukan dah tu kenapa guna nama janda tu weh?
Nama lain takde ke?
Quote syamzana 14-1-2022 10:14 AM
aritu blk kg lalu la kat kedai ni, mmg ramai giler malam2 mcm semut semata2 nak makan megi. tatau la sedap betul ke tak, tp mak i ckp kalau dah megi tu rasa gitu la jugak takkan rasa nasi dagang plak
Quote stingeritters 14-1-2022 10:17 AM
sarahmirza replied at 14-1-2022 10:01 AM
Kenapa janda?
Sound kekampungan sangat...

Ko yg belum janda pun very the kekampongan...

So?

No big deal la.....
Quote Skuau 14-1-2022 10:18 AM
FC@swkian dh lama buat..tp dia masak ayam... la dlm buluh tu.
Quote ChildrenOfBodom 14-1-2022 10:18 AM
Eksploitasi perkataan janda. Gatai burit sangat boh nama janda, kang hang jadi janda baru taww.
Quote prettyuglybabe 14-1-2022 10:30 AM
orang-orang macam ni la yang merendahkan panggilan janda..
buat lawak panggilan tu.. bodoh..
Quote mamajawie 14-1-2022 10:43 AM
x payah la nak downkan janda sangat acik oi..ujung2 kau dijandakan sbab somi nak kawen lain..agitchuuuu
Quote bakingsoda 14-1-2022 10:48 AM
makcik ni teringin dijandakan ke?
Quote imanamsyar 14-1-2022 11:33 AM
agaknya inspirasi janda2 yang ditinggalkan lelaki biawak, nafkah sesen pun xbagi , terpaksa menyara 8 orang anak hanya dengan bekerja sebagai penoreh getah..itupun ladang getah yang dipajak kepada ah seng dengan kadar gaji minimum yang rendah..jadi sebungkus megi terpaksa dimasak dan dikongsi 9 mulut.. sedang bekas laki tak guna tu bersedap sedapan dengan bini baru di hujung kampung.. adik beradik bekas lakinya pula sikit pun xpandang kesusahan bekas ipar yang membanting tulang membesarkan anak2.. mereka hanya akan timbul sejurus selepas anak2 janda yang berkongsi megi tu mendapat kerja bagus ataupun menang cabutan bertuah simpanan sijil premium berjumlah 1 juta..

sekian, cerpen inspirasi asal usul gelaran megi janda itewwww....
Quote cmf_premierleag 14-1-2022 11:34 AM
low class nya marketing and branding
mmg meminta2 sgt nak jd janda ke si Nur Shella ni??
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:21 PM
buluh.jpg
Quote stella576 14-1-2022 02:13 PM
semua nk dijandakn. terasa i
Quote rospinki 14-1-2022 02:17 PM
yg sedap megi kena tumis wangi dulu..mcm gini dia mcm kita masak atas piyok gitu jah.cuma meriahla ada udam sotom.
Quote Simunggu 14-1-2022 02:18 PM
sarahmirza replied at 14-1-2022 10:01 AM
Kenapa janda?
Sound kekampungan sangat...

janda sedap kan..
Quote me12345 14-1-2022 02:18 PM
Janda jugak yg lakuuu....
Quote hotmak 14-1-2022 02:20 PM
makin susahlah nak dpt buluh untuk raya nanti oklah idea kreatif tapi nama tu, konon nak menarik org lah kot

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.113972 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top