CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bentuk Sama Macam Gula-Gula, Panik Anak Tertelan Sabun Basuh Candy Viral

14-1-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1477| Komen: 14

Description: Pasti ada dalam kalangan kita yang sudah terpengaruh dengan sabun cucian dalam bentuk kapsul yang dijual secara meluas menerusi platform dalam talian.
Pasti ada dalam kalangan kita yang sudah terpengaruh dengan sabun cucian dalam bentuk kapsul yang dijual secara meluas menerusi platform dalam talian.

Turut dikenali sebagai laundry condensation detergent beads, kiub kecil warna warni itu boleh didapati dengan harga cukup murah melalui Shopee, Instagram, Facebook dan sebagainya.

Jika sekali imbas, bentuk kiub cucian pakaian itu kelihatan saling tak tumpah seperti gula-gula comel yang sering dimakan oleh kanak-kanak.

Maka tidak hairanlah jika pihak hospital turut menerima kes melibatkan kanak-kanak yang tertelan kiub cucian tersebut.


Sabu cucian viral


Menurut Dr Redza Zainol, seorang wanita pernah dikejutkan dengan tangisan anaknya yang tertelan sabun viral itu.

Jelasnya, pemeriksaan yang dibuat oleh si ibu mendapatinya anaknya sudah menelan kiub cucian berkenaan.

"Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

"Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah," tulisnya.


Dr Redza Zainol

Tidak memperincikan secara lanjut kes kanak-kanak tersebut, Dr Redza bagaimanapun mendedahkan pihaknya turut membuat rujukan ke Pusat Racun Negara untuk melihat kandungan sabun viral berkenaan.

"Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun candy viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic). Yang merisaukan ialah “half-life” kandungan sabun ni tak tahu berapa lama.

"Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak," jelasnya lagi.

Tambah Dr Redza, selain risiko lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan yang terhakis, ia juga boleh membawa kecederaan kepada usus.

"Sabun ini boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.

"Ia juga menyebabkan kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk, pengsan atau hilang kesedaran," jelasnya panjang lebar.

Menurut Dr Redza, dia risau dengan kewujudan sabun viral berkenaan dan memohon agar ia disimpan di tempat yang selamat.

Malah katanya, dia mahu ibu bapa peka akan hal itu dan sama-sama menyebarkan maklumat berkaitan sabun viral itu sebagai peringatan buat individu lain di luar sana.

"Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.

"Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.

"Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. Basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.

"Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa," ujarnya.

Dr Redza berkongsi mengenai sabun viral itu menerusi siri tweet di Twitter pada Jumaat lalu.

Selain Twitter, Dr Redza turut berkongsi ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan menerusi saluran Telegram miliknya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 14-1-2022 10:35 AM
ltk ktner lah sabun tu..klu tau ank2 tgh melasak ltk lah tggi2
Quote adm7 14-1-2022 10:43 AM
Nasib la sapa2 dapat makbapak bingai mcm ni
Quote prettyuglybabe 14-1-2022 10:57 AM
bodoh.. dah tau benda hazard letak tempat yang budak boleh amik kenapa..

anyway, bersih ke guna sabun tu cuci baju?
i still prefer sabun pakai sukat..
banyak baju, lebih sabun..
kurang baju, kurang sabun..
and lagi 1, plastik tu jadi apa lepas masuk mesin?
Quote tripleid 14-1-2022 11:05 AM
kompeni sabon mana la yg bodoh cipta sabun bentuk cam gula2 gini
Quote cmf_premierleag 14-1-2022 11:39 AM
parents bodohh
kalo umah ko ada anak kecik, ko beli la barang2 yg ada common sense sket.
kalo bende bahaya hazard mcm sabun ke, clorox ke, beli la yg biasa2 je....bukan dlm bentuk gula2 candy or anything colorful yg bleh attract anak2 utk telan ke hapa.
sbb budak2 nmpk kalerful candy mng diorg telan je.
kalo nmpk sabun breeze fab bodoh tu takde la diorg nk telan sbb dah la keras,hodoh lak tu.

Quote tumpanglalu74 14-1-2022 12:12 PM
baby_1.jpg
Quote mama_cat 14-1-2022 09:06 PM
pernah try, convenient la kalau nk tambah2 sabun kat kedai dobi.. kalau nak mendobi kat umah, masih prefer sabun TOP kaler kuning... rasa bersih baju
Quote Megikari 14-1-2022 10:56 PM
Sabun candy ni tak wangi pun lepas basuh even dah campak 2,3 ketul dalam mesin. Dia wangi masa dlm kapsul tu je. Kalau nak yg betul2 wangi n lasting sampai berhari2, aku guna brand arFUM, beli kat jusco. Mahal sikit tapi puas hati
Quote mbhcsf 14-1-2022 11:02 PM
oh , sabun capsule ni so common dah ..cuma warna warni je , ade je persil , etc etc ...alahai..

jangan cuai , simpan tempat yg selamat dari gapaian / capaian kekanak.

kalau anak berusia 0 - 2 thn elakkan letak benda beracun atau apa apa yg berbahaya dalam lingkungan capaian tangannya..

Quote Zack8hunter 15-1-2022 01:23 PM
pernah try beli sabun ni..tak wangi mana pun..better pakai sabun + softener biasa jer..
Quote kakikuDibibirmu 15-1-2022 01:25 PM
Tentera Jepun tersenyum sinis
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 10:14 PM
Kesian baby tertipoo..
Quote misssakura 15-1-2022 10:47 PM
sabun ni tak best pon. pakai berketol2 pon tak wangi2 baju
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 10:53 PM
Inilah zaman dajjal..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.114930 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top