"Merajuk sebab tak sambut balik kerja"
Baru-baru ini, viral satu kisah dikongsikan oleh Puan Najwa Roslan di TikToknya semalam, di mana terlihat suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja muncul dengan wajah monyok tanpa menyedari ada kejutan sedang menanti. Setelah menyambut suaminya, wanita ini lantas memeluk sebelum memberikan petunjuk ke arah penjuru rumah mereka. Rupanya, si isteri membelikan sebuah mesin basuh baru sekali gus melengkapkan perkakas keperluan di rumah mereka. "Tinggal mesin basuh 1 ni…Biarlah bini pula tolong beli" Meskipun niat baik ingin meringankan beban suaminya dipersoal, wanita ini memberikan jawapan yang begitu matang. Difahamkan, lelaki berkenaan sebenarnya sudah membeli juga barang-barang lain. Jadi adalah benda biasa sekiranya si isteri mahu bantu melengkapi mana-mana bahagian yang masih tidak cukup. "Perempuan zaman sekarang patut contohi Akak ni…Ringakan beban, bukan sengaja tambah beban" Netizen yang menyaksikan rakaman ini merasa sangat senang hati dan memuji sikap baik Puan Najwa kerana sama-sama bantu ringankan beban dalam rumah tangga. Justeru, mereka berharap agar wanita zaman sekarang yang kadangkala 'demand' mengambil pengajaran daripada kisah positif tersebut. -CARI |
UMMI_MAI: tertanya2 kenapa perlu tunjuk seantero dunia ???
ADVERTISEMENT