|
Bencana alam yang berlaku sekitar bulan lepas menyebabkan ramai orang terpaksa menghadapi kerugian berlipat kali ganda dan perlu bermula dari awal kembali untuk membeli barang keperluan. Lebih menyedihkan, ada juga individu kurang bernasib baik dibuang dari tempat kerjanya.
"Tunggu bantuan baju sekolah…Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi" Satu perkongsian video dari MyFundAction di Tiktok telah mendapat perhatian warga Tiktok ketika menemu bual salah seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan. Menurut lelaki berkenaan, keperluan sekolah tersebut diambil untuk kedua-dua anaknya yang berumur 8 dan 11 tahun. Walaupun air banjir sudah pun lama surut, namun rumahnya masih belum bersih dengan sempurna. "Saya dah bagitahu kena banjir…Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu" Sumber: Google Image Malang tidak berbau merupakan perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib penerima sumbangan berkenaan. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas sebab tidak masuk bertugas kerana banjir. Menurutnya, permohonan cuti telah pun dibuat dan bukti rumahnya terjejas dengan banjir juga sudah diberikan. Namun, majikannya tidak percaya dan enggan membayar RM1500 kepadanya. Sejak dikongsikan semalam, video temu bual itu telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar ujian yang terpaksa dihadapi lelaki berkenaan. Rupa-rupanya ada juga yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan bercuti yang kukuh. Sumber: Tiktok MyFundAction Marilah sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan urusan kepada yang terjejas dengan banjir. Semoga dilimpahkan rezeki yang meluas kepada mereka semua. -CARI |
Mooverine replied at 14-1-2022 10:56 AM
cuba rujuk dengan jabatan buruh, tengok apa mereka advice..
aryyan replied at 14-1-2022 11:01 AM
function ke labour office?
dgq kata depa super bz sejak pkp & retrench issues.
yg retrench pn rama ...

Thunderclouds replied at 14-1-2022 11:02 AM
P pejabat buruh jaa... InsyaAllah depa tolong


keane.somewhere replied at 14-1-2022 11:30 AM
Kalau ada duit cari lawyer India je.....masalah gaji pun RM1,500
Nak upah lawyer camne
10thn pn belom tentu settle. Priority depa mesti la kt clients bbyaq. Kalo nk jgk pakai lawyer leh approach biro bantuan guaman. 10hengget ja depa caj. Tp process sama ja ngn pro bono,lamaaaa. Xbbaloi utk gaji 1500. Rujuk pej buruh je laa. Akta keja 1955 ni makanan depa kan..
besar dugaan dia dalam hati...underground replied at 14-1-2022 11:43 AM
sepet kiasu la tu
bayar rendah, tapi kena keje support 24/7/30

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 01:46 PM GMT+8 , Processed in 1.044483 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.