CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1163|Reply: 32

[Tempatan] Dah Bagi Bukti, Lelaki Kecewa Dipecat Lepas Bos Tak Percaya Rumah Banjir

[Copy link]
Post time 14-1-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Cintaerina at 14-1-2022 11:04 AM


Sumber: Tiktok Myfundaction





Setiap kali musim hujan, kita akan mendengar berita yang menyayat hati berkenaan dengan mangsa banjir di serata Malaysia.

Bencana alam yang berlaku hujung tahun 2021 menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi kerugian berlipat kali ganda dan perlu bermula dari awal untuk membeli barang keperluan.


Lebih menyedihkan, terdapat juga individu kurang bernasib baik dibuang dari tempat kerjanya oleh majikan yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya tunggu bantuan baju sekolah…Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi"





Satu video yang dikongsi dari MyFundActiondi Tiktok telah mendapat perhatian warga Tiktok ketika menemu bual salah seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan.


Menurut lelaki berkenaan, keperluan sekolah tersebut diambil untuk kedua-dua anaknya yang berumur 8 dan 11 tahun. Beliau menambah, walaupun air banjir sudah pun lama surut, namun rumahnya masih belum dibersihkan dengan sempurna.


"Saya dah bagitahu kena banjir…Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu"



Sumber: Google Image



Malang tidak berbau merupakan perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan nasib lelaki ini. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas sebab tidak masuk bertugas kerana banjir. Menurutnya, permohonan cuti telah pun dibuat olehnya dan bukti rumahnya terjejas dengan banjir juga sudah diberikan. Namun, majikannya tidak percaya dan enggan membayar gaji RM1500 kepadanya.


Video yang dikongsikan itu semalam telah meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang sebak mendengar ujian yang terpaksa dihadapi lelaki berkenaan. Rpa-rupanya terdapat ramai juga netizen yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan bercuti yang kukuh.





Sumber: Tiktok MyFundAction



Marilah sama-sama kita berdoa supaya dipermudahkan urusan kepada yang terjejas dengan banjir. Semoga dilimpahkan rezeki yang meluas kepada mereka semua. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:53 AM | Show all posts
bagitau ja nama majikan tu..
biar kena kecam..
mesti ramai staff tertindas kerja kat sana..
or else saman je..
sure ada lawyer yang nak amik kes pro bono..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:56 AM | Show all posts
cuba rujuk dengan jabatan buruh, tengok apa mereka advice..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan ja majikan tiada hati perut gini bankrap
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:01 AM | Show all posts
Mooverine replied at 14-1-2022 10:56 AM
cuba rujuk dengan jabatan buruh, tengok apa mereka advice..

function ke labour office?
dgq kata depa super bz sejak pkp & retrench issues.
yg retrench pn ramai xdpt $$ n queing case.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:02 AM | Show all posts
P pejabat buruh jaa... InsyaAllah depa tolong
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:04 AM | Show all posts
nasib abg ni lagi teruk
aku apply cuti boss aku membentak2 suruh bagi gambar banjir semua
tup2 kena tolak gaji or ganti hours.. bebeh

ganti kan aje la xnak kena deduct salary
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:05 AM | Show all posts
aryyan replied at 14-1-2022 11:01 AM
function ke labour office?
dgq kata depa super bz sejak pkp & retrench issues.
yg retrench pn rama ...

kat tempat saya ni, ada nampak mereka bekerja la.
tak tau la kat tempat lain.
Contohnya macam company saya kerja ni, ada dengar la colleagues saya yang bahagian HR sibuk berurusan dengan pihak Jabatan Buruh sebab ada terima beberapa aduan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:08 AM | Show all posts
Kasihanya. Majikan ni pun. Over sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:24 AM | Show all posts
dah tahu la jenis majikan cmne tu,cayanu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah Nye gaji RM1,500????

Nak hire lawyer pun tak mampu....kalau jadi ko bro aku tak kahwin Dan membiak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 14-1-2022 11:02 AM
P pejabat buruh jaa... InsyaAllah depa tolong

Kalau ada duit cari lawyer India je.....masalah gaji pun RM1,500

Nak upah lawyer camne
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian...tp kalo bleh, sblm diberentikan tu,patut nya ajar blk bos tu cukup2
ni x abih2 sabar,sabar,sabar,sabariah,sabaruddin
sbb tu kene tindas
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu...bersimpati terhadap abg ni. semoga abg ni dan org2 yg menerima nasib sama dicekalkan hati dan dimurahkan rezeki. hrp dia dpt kerja lain secepat mgkin.
tmpt kerja kwn i siap hr mintak pic pastu tup2 semgu lepas kejadian banjir ada masuk duit ribu2 jugak la hasil kutipan kolig2+bos2. wpun kawan i tu pun kategori bos juga smpai segan la dia rs mcm org lain lg layak dpt bantuan tu. bos pun call tnya perlukan bantuan cuci rumah ke tak. kat tmpt kerja dia tu ada 5 org yg terkena banjir tp dia la plg teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:43 AM | Show all posts
sepet kiasu la tu

bayar rendah, tapi kena keje support 24/7/30

zaman aku, sanggup pendekkan lunch hour untuk cover waktu solat

pun kena marah. siap suruh aku satukan solat masa lunch hour

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:48 AM | Show all posts
keane.somewhere replied at 14-1-2022 11:30 AM
Kalau ada duit cari lawyer India je.....masalah gaji pun RM1,500

Nak upah lawyer camne

Harap pro bono?10thn pn belom tentu settle. Priority depa mesti la kt clients bbyaq. Kalo nk jgk pakai lawyer leh approach biro bantuan guaman. 10hengget ja depa caj. Tp process sama ja ngn pro bono,lamaaaa. Xbbaloi utk gaji 1500. Rujuk pej buruh je laa. Akta keja 1955 ni makanan depa kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bos ke syaitan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:35 PM | Show all posts
Masa aku tgk video ni time abg tu cakap hidup kene sabar tetiba mata masuk habuk.. besar dugaan dia dalam hati...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:59 PM | Show all posts
underground replied at 14-1-2022 11:43 AM
sepet kiasu la tu

bayar rendah, tapi kena keje support 24/7/30

Dulu ex-bos aku de sound, solat ni xde dalam undang2 buruh.Aku cakap tolak rehat jelah pesusah. 30min zuhur, 30min asar. Settle.
Kecoh. Dasar kelly.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:07 PM | Show all posts
Rujuk pejabat buruh mungkin mereka boleh bantu dimana2 atau rujuk dengan ppim mereka kan selalu bantu kes2 macam ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.104801 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list