Bangkok: Kumpulan renjer hutan yang berkawal di Taman Negara Thong Pha Phum di Kanchanaburi menemukan kem pemburu haram yang menyasarkan harimau Bengal.
Dianggarkan lima pemburu haram sempat melarikan diri ketika kumpulan renjer tiba di kem tersebut. Kawalan keselamatan itu dilakukan pada 8 hingga 10 Januari lalu bagi mencegah sebarang perbuatan merosakkan hutan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum mendapat maklumat mengenai kegiatan pemburuan haram. Menurut seorang daripada anggota renjer, mereka pada mukanya terhidu bau asap dan cuba menjejaki sumbernya sehingga menemukan kem terbabit. “Pada pagi 9 Januari, kumpulan renjer ternampak kepulan asap hitam pada lokasi yang terletak kira-kira tiga hingga empat kilometer dari sempadan Myanmar dan cuba menjejaki sumbernya. “Kami ternampak lima pemburu haram di kem tersebut dan cuba menahan mereka, namun kesemuanya melarikan diri dan kami gagal mengejar mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Bangkok Post. Di kem tersebut, Anggota renjer menemukan dua kulit harimau Bengal yang dikeringkan, selain sebahagian daripada dagingnya dimasak dan dimakan oleh kumpulan pemburu haram itu. Selain itu, bangkai lembu turut ditemukan dan dipercayai digunakan sebagai umpan untuk menangkap harimau berkenaan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Simunggu replied at 14-1-2022 02:31 PM
sikit sikit ubat...bangang
ADVERTISEMENT