CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 776|Reply: 6

Kulit Harimau Bengal Dikeringkan, Daging Dimakan Pemburu Haram

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Kumpulan renjer hutan yang berkawal di Taman Negara Thong Pha Phum di Kanchanaburi menemukan kem pemburu haram yang menyasarkan harimau Bengal.


Dianggarkan lima pemburu haram sempat melarikan diri ketika kumpulan renjer tiba di kem tersebut.


Kawalan keselamatan itu dilakukan pada 8 hingga 10 Januari lalu bagi mencegah sebarang perbuatan merosakkan hutan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum mendapat maklumat mengenai kegiatan pemburuan haram.


Menurut seorang daripada anggota renjer, mereka pada mukanya terhidu bau asap dan cuba menjejaki sumbernya sehingga menemukan kem terbabit.




Foto: Agensi




“Pada pagi 9 Januari, kumpulan renjer ternampak kepulan asap hitam pada lokasi yang terletak kira-kira tiga hingga empat kilometer dari sempadan Myanmar dan cuba menjejaki sumbernya.


“Kami ternampak lima pemburu haram di kem tersebut dan cuba menahan mereka, namun kesemuanya melarikan diri dan kami gagal mengejar mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Bangkok Post.


Di kem tersebut, Anggota renjer menemukan dua kulit harimau Bengal yang dikeringkan, selain sebahagian daripada dagingnya dimasak dan dimakan oleh kumpulan pemburu haram itu.


Selain itu, bangkai lembu turut ditemukan dan dipercayai digunakan sebagai umpan untuk menangkap harimau berkenaan. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 10:06 AM | Show all posts
semoga pembunuh haiwan cepat mampus dilenyek lori
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:37 PM | Show all posts
Manalah makin lama makin pupus species tu dek tangan2 tak bertanggungjawab macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:31 PM | Show all posts
sikit sikit ubat...bangang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-1-2022 02:31 PM
sikit sikit ubat...bangang

Ubat kuat lattew..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la sekor pemburu pun tak dapat tangkap..ntah2 renjer pun sama subahat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054517 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list