Riau: Akibat memaksa melakukan hubungan seks sejenis, seorang pemuda berusia 23 tahun nekad menikam pemilik salon di Kota Dumai sebanyak sembilan kali.
Lapor Kompas.com, Ketua Polis Dumai, Mohammad Kholid berkata, suspek dikenali sebagai SL membunuh mangsa berusia 62 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial. Katanya, suspek menolak ajakan mangsa yang tiba-tiba mengajak dan memaksa lelaki itu melakukan hubungan seks semasa berada di rumahnya. “Pelaku melihat ada sebuah pisau di meja dan terus menikam mangsa dengan pisau sebanyak sembilan kali.
“Mangsa meninggal dunia di dalam bilik air di rumahnya sendiri. Pelaku juga sempat mengambil sejumlah barang berharga milik mangsa serta pisau yang digunakan untuk menikam mangsa,” katanya. Menurut Kholid, mangsa ditemukan maut di dalam bilik air di rumahnya di Jalan Sidorejo, Kota Dumai. Katanya, pihak polis berusaha memburu lelaki itu dan suspek berjaya ditangkap di sebuah hotel di Pekan Baru. “Semasa ditahan, suspek cuba melawan balik dan menyebabkan pihak polis terpaksa menembak kaki kanannya,” jelasnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial.
Decaffeinated replied at 13-1-2022 10:33 PM
aplikasi apa tu?
ADVERTISEMENT