Baru-baru ini kecoh di laman Twitter isu subjek Agama Islam di sekolah kebangsaan terlalu lama berbanding subjek lain. Isu ini dibangkitkan oleh seorang bapa berikutan jadual kelas anak perempuannya telah pun tular dan mendapat perhatian netizen di Twitter.
Menurut bapa yang dikenali sebagai Rejaie di Twitter, anak perempuannya baru sahaja berpindah ke sekolah baharu. Ketika melihat kepada jadual kelas di sekolah baharu tersebut membuatkannya terkejut dengan masa subjek Agama Islam (PAI) yang berjumlah 5.5 jam seminggu. Dikatakan jumlah tersebut adalah sama dengan tempoh masa kelas subjek Bahasa Inggeris dan lebih daripada masa subjek Matematik dan Sains ( 2.5 jam dan 1.5 jam seminggu). Oleh hal yang demikian, tweet bapa ini telah pun mengundang perhatian ramai sehingga menimbulkan perdebatan antara para netizen terutamanya ibu bapa dan guru. Terdapat segelintir netizen yang menyokong dengan kenyataan bapa ini berikutan isu yang dibangkitkan. Mereka mempersoalkan keberadaan murid bukan beragama Islam ketika kelas PAI dijalankan. Walaupun difahamkan murid-murid tersebut juga akan memasuki kelas Pendidikan Moral ketika kelas PAI, namun masih juga dipertikai tempoh pembelajaran subjek yang terlalu lama berbanding subjek lain yang dikatakan lebih penting. Sumber: Twitter Ada juga yang memberi pendapat agar subjek agama diajar dengan lebih terperinci secara berasingan daripada sekolah kebangsaan seperti di rumah atau sekolah agama/ sekolah petang. Sumber: Twitter Pun begitu, terdapat juga segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan bapa tersebut. Golongan yang tidak sependapat tersebut termasuk kalangan guru sekolah kebangsaan yang menjelaskan kenapa tempoh masa subjek PAI tersebut agak panjang. Menurut guru tersebut, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah tidak sama. Isi pengajaran subjek PAI juga sebenarnya berbeza bagi tiap kelas iaitu ditekankan kepada 7 bidang termasuk Jawi, Quran, Tasmik dan Ulum. Selain itu, ada juga debat yang mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut disebabkan di luar sana masih ada ibu bapa yang tidak mampu untuk membiaya pendidikan anak mereka ke sekolah agama. Ada juga yang berpendapat pendidikan di peringkat sekolah sepatutnya dijalankan secara menyeluruh termasuk subjek duniawi dan subjek agama. Isu subjek agama dan bahasa ni dah lama dah dibangkit cuma sampai sekarang masih tak ada jalan penyelesaian. -CARI |
alongweeda replied at 13-1-2022 01:12 PM
aku ok je sbb aku x pndai nk mengajar ank subjek agama ni....
anony-mous replied at 13-1-2022 03:07 PM
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau ...
anony-mous replied at 13-1-2022 03:07 PM
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau ...
mzzenma replied at 13-1-2022 04:03 PM
Nak tanya juga.. anak sulung baru nak masuk 6 tahun. Sbb tengok ramai yg hantar anak sekolah agama ...
anony-mous replied at 13-1-2022 03:07 PM
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau ...
ADVERTISEMENT