View: 3834|Reply: 48
|
“This Is Not Sekolah Agama Ya”- Bapa Bising Subjek Pendidikan Islam Di Sekolah Anak Lama
[Copy link]
|
|
Sumber: Google Image
Baru-baru ini kecoh di laman Twitter isu subjek Agama Islam di sekolah kebangsaan terlalu lama berbanding subjek lain.
Isu ini dibangkitkan oleh seorang bapa berikutan jadual kelas anak perempuannya telah pun tular dan mendapat perhatian netizen di Twitter.
Menurut bapa yang dikenali sebagai Rejaie di Twitter, anak perempuannya baru sahaja berpindah ke sekolah baharu. Ketika melihat kepada jadual kelas di sekolah baharu tersebut membuatkannya terkejut dengan masa subjek Agama Islam (PAI) yang berjumlah 5.5 jam seminggu. Dikatakan jumlah tersebut adalah sama dengan tempoh masa kelas subjek Bahasa Inggeris dan lebih daripada masa subjek Matematik dan Sains ( 2.5 jam dan 1.5 jam seminggu).
Oleh hal yang demikian, tweet bapa ini telah pun mengundang perhatian ramai sehingga menimbulkan perdebatan antara para netizen terutamanya ibu bapa dan guru.
Terdapat segelintir netizen yang menyokong dengan kenyataan bapa ini berikutan isu yang dibangkitkan. Mereka mempersoalkan keberadaan murid bukan beragama Islam ketika kelas PAI dijalankan. Walaupun difahamkan murid-murid tersebut juga akan memasuki kelas Pendidikan Moral ketika kelas PAI, namun masih juga dipertikai tempoh pembelajaran subjek yang terlalu lama berbanding subjek lain yang dikatakan lebih penting.
Ada juga yang memberi pendapat agar subjek agama diajar dengan lebih terperinci secara berasingan daripada sekolah kebangsaan seperti di rumah atau sekolah agama/ sekolah petang.
Pun begitu, terdapat juga segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan bapa tersebut. Golongan yang tidak sependapat tersebut termasuk kalangan guru sekolah kebangsaan yang menjelaskan kenapa tempoh masa subjek PAI tersebut agak panjang.
Sumber: Twitter
Menurut guru tersebut, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab adalah tidak sama. Isi pengajaran subjek PAI juga sebenarnya berbeza bagi tiap kelas iaitu ditekankan kepada 7 bidang termasuk Jawi, Quran, Tasmik dan Ulum.
Selain itu, ada juga debat yang mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut disebabkan di luar sana masih ada ibu bapa yang tidak mampu untuk membiaya pendidikan anak mereka ke sekolah agama.
Sumber: Google Image
Ada juga yang berpendapat pendidikan di peringkat sekolah sepatutnya dijalankan secara menyeluruh termasuk subjek duniawi dan subjek agama.
Isu subjek agama dan bahasa ni dah lama dah dibangkit cuma sampai sekarang masih tak ada jalan penyelesaian. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbnrnya iolls pn tkezut awal2 dulu bila subject agama ni byk sgt kt jadual kelas..mcm almost subject sama kt kafa..tp since anak iolls xg kafa iolss ok je.. |
|
|
|
|
|
|
|
i anggap mak bapak yang marah banyak sangat subject agama tu dorang tak reti nak jawap bila anak tanya kerja sekolah
plus, zaman ni memang semua pandang remeh pasal agama tak pandai jawi etc..
ye la.. yang mengaji yang solat pun berapa kerat je..
solat pun takat baca apa yang dihafal..
maksud ayat langsung tak tau..
sebab bahasa arab tak penting kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ok je sbb aku x pndai nk mengajar ank subjek agama ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah... bapak ni bodoh.. ada bahasa arab, pendidikan Islam, tasmik
mestila lebih...ajet2 pandai main twidder, tapi tak cerdik.... ni anak aku after school ada mandarin lak seminggu 2X, under sekolah, aku enroll kan aja... aku setuju ja ada tasmik bagai sbb aku tak hantaq anak aku masuk kafa, sbb anak aku ada masalah focus, kalau hari2 ada after school program, mmg dia burn out cmtu ja... baik dia belajaq kat sekolah, balik rumah dia freedom kan otak dia kejap.. and aku pun from STEM background, ok ja bagi aku silibus sekolah.. nak lebih mak pak la bagi lebih, tapi for kids darjah 1-3, baik chill2 ja dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
skolah lama anak dia tu ajar cmna pulak?
Jadual anak iolls pun ok je. Pendidikan islam/ ulum, seminggu sekali je. Quran tasmik tu takat baca iqra quran 30mins each. arab sejam. Ok je aku rasa balance je semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
I takut nk komen kat fb tp i stuju dgn bapak ittew. Herlok jah zmn i xbelajar pon subjek tu byk2 tp ramai perangai herlok. Bukti nya ank2 yg masuk sekolah agama pon ada perangai setan bila dah terlepas ke dunia luar. Its not about matapelajaran tp sbb jatidiri. If jatidiri kuat, campak dkt mana2 pon xkan goyang. Ni lah sbb xnk masukkan ank ke sekolah kerajaan kena paksa pulak ambik subjek agama byk2 tp at the same time xada nk terapkan nilai2 murni. Sekadar ajar je |
|
|
|
|
|
|
|
I pn sependapat ngn bapak budak tu. Pai,ulum syariah,tasmik, complete ngn slot masa utk bacaan yassin dlm jadual waktu sek. Byk2 mcm tu nk buat apa. unnecessary workload both utk students ngn cg. Ptg p sek agm pulak. Sek kafa paling murah rm30 sebulan. Kalo pak tu isap rokok ,xkan nk antaq ank p sek agm tiberr xdak duit pulak kn?? Ank ramai? Transport mahal? Itu pentingnya merancang! Hujung2 yg buang baby tetap la melayu isley. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau cukup sekolah pg jah? Sbb i dlu xperlu ke sek agama mcm skrg ni. Ank pon x ada yg sekolah lg |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 13-1-2022 03:07 PM
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau ...
Nak tanya juga.. anak sulung baru nak masuk 6 tahun. Sbb tengok ramai yg hantar anak sekolah agama petang tu.. mmg wajib ke? Kalau tak hantar takpe ke since subjek agama pun mcm dah ok kat sekolah pagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by _blackbird at 13-1-2022 04:16 PM
kalau pendapat i, subject agama ni tak perlu ajar kat sekolah baik ajar social studies, fundamental agama sepatutnya parent la kena bertanggungjawab. ermm kalau basic agama pon mak bapak tak boleh nak ajar anak melampau ler expectation mak bapak yg di awang2an tu nak anak jadi soleh solehah. patut ler tak ke mana melayu isle takat gitu je semua nak lepas tanggungjawab ke org lain. gittewww agama ke laut moral pon ke laut. takda apa yg nak dibangga kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm..kat ig kadang jumpa komen2 bbnu kemain biadap puaka..bila stalk ig bebudak sek tahfiz.. takat belajar agama tapi adab biadap kelaut..konon dia paling bijak agama org lain semua buduh |
|
|
|
|
|
|
|
Tpulang pada hg. I antaq sek agm sbb nk sijil upkk & xnk ank2 xketahuan meraban merayau lepas abeh sek pg. Ank2 tetap antaq abeh smpi darjah 6 wpun ramai yg drop lepas dpt upkk tu. Smooth sikit bila nk mintak sbp/mrsm provided results cantek. Xdak upkk pn xdak masalah, Result upsr cantek,aktif koko,mmg rezki ank,ada ja yg pggil sbp/mrsm(mebi bukan program ulul albab lar). Rata2 gtu lah yg p sek agm nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Xwojib & xdak masalah kalo xantaq.
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 13-1-2022 03:07 PM
Nak tanya uols, kalau dah ada matapelajaran ni semua then kena ke sekolah agama lg ke lepas tu? Atau ...
Anak2 aku mmg aku x htr ke kafa..sb aku takut diorg stress..aku cuma htr kelas mengaji 1 jam setiap hari, jumaat dia ajar fardhu ain je. Bg aku apa yg sekolah dh ajar tu dh cukup.
Kafa tu tu pilihan parents lah..biasanya diorg htr tu sb nk masukkn anak ke sek agama kan. |
|
|
|
|
|
|
|
disbbkan anak2 kaka x pernah complain psl PAI membebankan dan ke sekolah agama belah ptg pun diaorg okay jd bg kaka xde masaalah
anak2 kaka dulu sekolah agama under Abim so ms tahun 5 diaorg bukan aje amik UPKK tp diaorg amik juga SPRA under Abim
pilihan pd parents nk htr ke sekolah agama ke x, klu rs mencukupi apa yg diajar di sekolah kebangsaan dn di rumah then xyahlah htr |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rasa ada cara lain dapat ajar generasi baru ni agama Islam dengan lebih sesuai, boleh la kut mansuhkan dalam jadual sekolah.
kalau tak, teruskan je lah sehingga jumpa penyelesaian lain
aku dulu sekolah kebangsaan jugak. petang pegi sekolah agama rakyat
tapi kawan2 ada jugak yang tak tau solat, tak reti baca Al-Fatihah, tak reti baca jawi,
apentah lagi solat2 sunat, solat ganti, qasar dan jamak,
tu tak masuk lagi bab hadas kecil dan besar. benda penting ni.
maksud mumayyiz tak tau. mukhoffafah, mutawasitah, mughallazoh tak reti beza dan hurai
tu tak masuk lagi bab tajwid. baca ke laut. panjang pendek berhenti tak tau.
aku dari dulu lagi risau tentang sistem pembelajaran kita ni
tapi tak tau macam mana nak perbaiki dan tambah baik
kalau takde kat sekolah siang
mak pak kena hantar belajar agama kat kelas tuisyen ke camane?
macam budak2 kat kawasan aku buat ni |
|
|
|
|
|
|
|
iols masa sekolah dulu, subjek PI sikit je. Pastu mesti cikgu tu suruh salin nota je atau suruh tido sebab macam tak produktif sebegitu. Time nak exam, ok fokus kat bab sekian2. Paling hazab PJK, sebab yang ni memang semua orang tido dalam kelas je |
|
|
|
|
|
|
|
Korang yg ada anak2 kat sek gomen tak payah la trigger sangat dengan bapak tu. Percaya la, memang bagus pun waktu agama tu banyak. Bukan senang weh nak bagi ilmu agama kat anak2. Korang sanggup ke nak ajar cara wudhuk, solat, posa, kisah nabi, mengaji pulak kena ajar tajwid sekali. Dapat pulak anak yg benak hati, sanggup ke korang hehehe tu belum bab mandi wajib, mimpi basah. Jadi biar la setat & setajah yg ajar. Dalam kelas agama tu pun bukan ada sorang je muridnya. Sehari sejam lebih kurang so tak payah la berkira. Kecuali kalau korang nak anak2 korang tu tak cukup ilmu agama, pi la join bapak yg kecoh tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|