CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lan Solo Berpegangan Tangan Dengan Wanita Lain, Isteri Tak Marah Ke?

13-1-2022 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4875| Komen: 32

Aksi penyanyi Lan Solo berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam video muzik (MV) 5 Kaki 4 Inci mencuri perhatian ramai.

Rata-rata meluahkan rasa bimbang jika perbuatan Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37, itu boleh mengundang perasaan cemburu isterinya, Sheila Hassim.

Bagaimanapun kata Lan, isterinya mengetahui tentang babak berkenaan memandangkan dia berada bersamanya sepanjang penggambaran MV tersebut di Sabah.


Foto: mStar

“Saya seorang yang setia pada yang satu. Apa yang ditampilkan dalam MV itu hanya sekadar kerja dan kami profesional. Isteri saya pun memahami ia hanya kerja saja.


“Sepanjang pengambaran MV itu pun isteri ada bersama saya. Jadi, saya tak berasa risau pun dengan babak berpegangan tangan itu. Cuma, saya risau perbuatan saya itu disalah anggap oleh pihak luar.

“Apa-apa pun saya bersyukur selepas setahun lagu ini disimpan, akhirnya dapat juga dilancarkan. Boleh katakan dalam 10 hingga 20 peratus juga ada bahasa Dusun dalam lirik lagu itu,” ujarnya kepada mStar.


Foto: IG

Lan ditemui ketika majlis pelancaran video muzik lagu terbaharunya berjudul 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

MV berkenaan menampilkan Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019 iaitu Kerinah Mah sebagai wanita yang berpasangan dengan Lan.

Dalam perkembangan lain, Lan berkata dia bersyukur sengketa dengan gitaris, Rody sudah pun berakhir dan dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali bersama dengan kumpulan Kristal.



Kata Lan dia menghormati kumpulan lamanya itu sudah mempunyai penyanyi lain namun terbuka jika diberi peluang untuk bekerjasama pada masa akan datang.

“Saya dah ada bersama Kristal X, mereka pun dah ada vokalis. Saya rasa tak patutlah (kembali bersama) ibarat mereka ada perkahwinan baharu, takkan saya nak kacau rumah tangga mereka dan perlu hormati mereka.



“Saya pun mengharapkan penghormatan kepada keluarga baharu saya, Kristal X. Tapi saya tidak pernah menolak jika ada kerjasama yang baik akan datang. Sebenanrya apa yang jadi, mematangkan diri saya.

“Tak perlu ada perkara negatif dan tidak payah nak bermusuh. Mungkin ketika itu, amarah yang menguasai diri,” katanya.



Sebelum ini mStar melaporkan hubungan Lan dan Rody kembali pulih selepas empat tahun tidak bersemuka disebabkan perselisihan faham.

Lan turut memuat naik foto bersama Rody di laman Instagram selepas terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Disember tahun lalu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 13-1-2022 10:12 AM
hmmmm.. gosip murahan nk suh kita tgk mv la tu..
Quote AshkieLa 13-1-2022 11:11 AM
bini bertelekung sambil mengumpat tak marah laa
sebab sama2 hauk... next
Quote fifie_olin 13-1-2022 11:15 AM
korang plk yg risau
bini dia lek2 je
Quote olaoli 13-1-2022 11:23 AM
kenapa anak dia gitu gaya rambutnya
Quote mamajawie 13-1-2022 11:30 AM
busuk rupa anka beranak ni..
Quote caramello 13-1-2022 11:35 AM
Alahai..kepamnya ank2 tambah2 rambut gaya gitu..rasa urban habis la tu gamaknye ye..
Quote Suchi 13-1-2022 11:40 AM
Edited by Suchi at 13-1-2022 11:41 AM

Ler apa nk heran aritu siap gambar rapat2 ngan adik angkat lagi.

Patut korang komen tak risau pandangan Allah ke?


Quote dudaberhias 13-1-2022 11:52 AM
kalau kaka isteri heols pun kaka takkan marah somi pegang2 cikki sebab confirm cikki tu pun tak nak jantan sangkak lagi mulut jahat suka gosip live berjemaah... bagi pree pun takpe setakat rhoper hero dayak gitu... asalkan duit keuntungan borneo mart masuk tiap2 bulan...
Quote fairy_fairy 13-1-2022 11:57 AM
Wife si Lan ni asal dari Sabah ke? Muka anak heols memang dah pekat sangat muka bebudak yang ada kat pasar besar KK tu.
Quote RinIna 13-1-2022 12:17 PM
“Sepanjang pengambaran MV itu pun isteri ada bersama saya. Jadi, saya tak berasa risau pun dengan babak berpegangan tangan itu. Cuma, saya risau perbuatan saya itu disalah anggap oleh pihak luar.

Pihak luar yg dia risaukan... hukum hakam pun lupa dah.. bukan muhrim kan??
Quote whimsicalmusic 13-1-2022 12:38 PM
Die ni sabahan ke?
Quote makton 13-1-2022 12:50 PM
kepamnya anak2 heols
Quote Carcosa 13-1-2022 12:52 PM
Post psl Lan taik ni, kalau tak di libatkan rambut anak2 pilak dia tu, mmg tak sah
Tk sedo diri! Kulit mcm kacang tanah, rambut warnakan gitu. Acah2 urban. Tapi result nya mcm baboon
Quote minahmanja 13-1-2022 12:53 PM
nape iols tgk anak dia yg beso tu mcm mimi lana..?
Quote missmeornot 13-1-2022 01:18 PM
Memang la bini ko x kesah sbb dia pun tengah pakai telekung pun bole mengumpat.. malam raya haji lagi. so sah2 jenis laki bini xtakut hukum Allah
Quote Weirdweirdo 13-1-2022 01:43 PM
Try hard nya ber Sabahan.. euww yewww
Quote anony-mous 13-1-2022 01:48 PM
minahmanja replied at 13-1-2022 12:53 PM
nape iols tgk anak dia yg beso tu mcm mimi lana..?

Haha yg besar tu lawa sikit. I mintk lan sorok ank no 2 dia boleh x? asik berdosa kalau tgk ank no 2 dia yg perempuan tu.

Btw, i nk puji la idea dia bukak borneo mart tu
Quote miss_strangers 13-1-2022 01:49 PM
Edited by miss_strangers at 13-1-2022 01:50 PM

Urban2 Alicia amin yg masak rendang pakai singlet n terkankang pon xde la nk g ngumpat orang Kat public
Quote Atata 13-1-2022 01:56 PM
Anak dia betul2 mcm pilak yg mandi di fountain gaya street

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top