CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Habiskan Masa Dan Tenaga?"-Harith Iskander Persoal Mahkamah Kendali Kes Wanita Didenda RM80

13-1-2022 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1958| Komen: 5

Description: Masih hangat tentang isu wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Kris Dayanti, 22, dijatuhkan hukuman denda RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Hukuman itu dikenakan terhadapnya gara-gara ...
Masih hangat tentang isu wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Kris Dayanti, 22, dijatuhkan hukuman denda RM80 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar. Hukuman itu dikenakan terhadapnya gara-gara gagal menjelaskan wang deposit RM50 yang terdapat di dalam akaun Maybank milik tertuduh.


Isu ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah pelawak, pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Harith Iskander.

Menerusi perkongsian Harith di laman Facebook nya, pelawak ini mempersoalkan tindakan mahkamah kerana fokus menyiasat kes seumpama itu berbanding kes yang lebih serius.


Foto: NST

“Jadi dia menerima denda RM80 kerana tidak dapat menjelaskan deposit RM50 dalam akaun banknya. Saya TIDAK boleh percaya mahkamah habiskan masa dan tenaga kendali kes ini.


Jika anda baca berita, anda akan mendapati ia melibatkan penyiasatan dalam dakwaan peras ugut ke atas video bogel pada aplikasi MiChat… Dan ia pergi sehingga ke mahkamah atas deposit RM50 yang mencurigakan.

Siapa boleh fikir cara lebih baik untuk mahkamah habiskan masanya?” tulisnya.

Via Murai.my

Perkongsian Harith itu mendapat perhatian dan komen warganet.  Rata-rata daripada mereka menyifatkan tindakan tersebut seperti tidak adil dan merasakan tindakan mahkamah menjatuhkan hukuman pada wanita malang tersebut sangat tidak munasabah.

“Saya tergamam!! Tiada apa yang mengejutkan saya lagi!”

“Apa???!!!!! Walaupun dia bukan lokal tapi ini tak masuk akal”

“Ketidakadilan yang merugikan negara!! Nak muntah darah”

“Ya, amat perlu bawa wanita malang ini ke muka pengadilan dan mendendanya kerana RM50 dalam akaunnya sementara berjuta-juta disedut dalam negara. Tahniah kepada pendakwa raya di negara ini kerana membazirkan wang pembayar cukai untuk kes seperti ini” komen mereka

Untuk info, transaksi wang yang dilakukan dengan menggunakan akaun bank milik wanita malang itu berkaitan dengan kes dakwaan peras ugut video bogel pada aplikasi MiChat. Difahamkan, akaun wanita tersebut sering dijadikan kambing hitam. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 13-1-2022 08:46 AM
bila masa court siasat kes?

selagi boleh nak mencapub je ko ni
Quote nakkomenjugak 13-1-2022 10:43 AM
dah datang dah sifat ngo heols.
Quote prettyuglybabe 13-1-2022 10:58 AM
orang bodoh je support pemeras or scammer..
besar ke kecik nilai duit terlibat, ianya tetap salah disisi undang-undang..
kalau kau kesian sangat kat scammer tu, bayarkan je denda dia..
so lepas ni dia boleh sambung blackmail or scam orang lain sampai abang jamil mampus..
Quote Fly_over 13-1-2022 11:20 AM
prettyuglybabe replied at 13-1-2022 10:58 AM
orang bodoh je support pemeras or scammer..
besar ke kecik nilai duit terlibat, ianya tetap salah di ...

kan. xkisah la nilai berapa. ada kes, ada report polis. mahkamah jalan je. xkn sebab ada kes juta2 kes kecik nk kena abaikan. hakim,’lawyer bukan ada sorg je. mahkamah pun ada pelbagai mahkamah. halahhh
Quote dudaberhias 13-1-2022 11:23 AM
Katanya acik hendon tu scammer kan, mestilah orang sabitkan bersalah kalau dah orang report dan ada bukti. Rakyat2 biasa lain theyols tak heran pun kalau takde yang report. Cumanya harap dia tak jadi kaldai scammer sebab ramai rakyat indon main bagi je akaun bank untuk orang guna untuk tujuan scam contohnya macam akaun bank macau scammer ke ig scammer pakai tu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.126198 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top