Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak kritikan yang dilontarkan terhadapnya.
Ia ekoran beliau didakwa cuba ‘berdrama’ dalam misi bantuan mangsa banjir di Johor baru-baru ini. Malah, beliau didakwa cuba memperlekehkan kerajaan negeri Johor mengenai usaha membantu mangsa banjir. “Saya tiada niat pun nak perlekehkan kerajaan negeri. Musim banjir, musim membantu. “Apa salah kami nak bantu rakyat?” soalnya dalam ciapan di Twitter.
Baru-baru ini, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu mendakwa, enam sukarelawan parti itu disiasat polis. Dakwanya, ini kerana mereka telah menyampaikan bantuan banjir secara terus kepada pemohon dan tidak meletakkan bantuan itu ke tempat yang dikhususkan. Beliau sendiri dikecam cuba ‘berdrama’ dalam melaksanakan bantuan di Johor. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT