CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Tahu Hamil Sehari Sebelum Bersalin, Remaja Campak Bayi Dalam Tong Sampah

12-1-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1738| Komen: 9

Santa Fe: Seorang remaja berusia 18 tahun di New Mexico ditahan selepas didapati membuang bayi lelakinya yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik ngeri ibu muda itu mencampakkan bayinya yang dibungkus dalam beg sampah hitam, menjadi tular dalam media sosial.   

Lapor Daily Mail, Alexis Avila mendakwa dia hanya mengetahui dirinya mengandung sehari sebelum melahirkan bayinya dalam tandas.

Foto: FB

Avila didakwa atas cubaan membunuh dan penderaan kanak-kanak selepas bayi lelakinya ditemukan Jumaat lalu bertarung nyawa selama hampir enam jam dalam cuaca 30 darjah selepas dibuang ke dalam tong sampah.  


Bagaimanapun, Avila dibebaskan dari penjara selepas diikat jamin sebanyak AS$10,000 (RM41,946) kurang dua jam selepas ditahan.

Dia akan dihadapkan semula ke Mahkamah Daerah Lea.

Rakaman video menunjukkan remaja itu tiba dengan kereta Volkswagen Jetta lalu membuka pintu belakang dan melemparkan sebuah beg sampah hitam ke dalam tong sampah di Hobbs, New Mexico kira-kira pukul 2 petang pada 7 Januari lalu.


Alexis

Enam jam kemudian, tiga pejalan kaki menemukan bayi lelaki itu yang masih hidup dan bertali pusat di dalam tong sampah berkenaan.     

Sementara itu, pemangku ketua jabatan polis Hobbs, August Fons berkata, beliau tidak pernah berdepan dengan kes seperti ini.

“Sekiranya anda mengalami kesukaran dengan bayi baru dilahirkan, respon terbaik adalah mencari seseorang yang boleh membantu anda. Hubungi kami dan biar kami membantu anda melalui situasi itu,” katanya.  -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 12-1-2022 10:50 AM
Masa nk uhahuhah tu tak ingat nak beli kondom ke?
Quote piep 12-1-2022 12:03 PM
perghh nasib abik ada bukti.. yg kat sini main buang je cmne ye nasib mak tu. x de penyesalan lansung ke kalau ank tu mati? boleh je 'jual' dekat org kaya or yg tak de anak.. dorg selalu bayarkan bil2 hosp n uruskan lain2.. at least trjaga bby tu.. ada juga org bela
Quote Shazid 12-1-2022 12:16 PM
Org america pun buang bayi jgk ye
Quote pekanwoohoo 12-1-2022 12:23 PM
Asal dengar kes buang bayi camni je, selalu terfikir, senang betul eh diorang ni lahirkan anak macam berak dekat jamban je. Tengok bini bila nak kena bersalin kena tahan wad lah, sakit czer lah, kena jalan slow-slow lepas beranak, nak kena pantang lagi, diorang lek-lek je buat macam takde apa.
Quote tripleid 12-1-2022 12:38 PM
Shazid replied at 12-1-2022 12:16 PM
Org america pun buang bayi jgk ye

budaya melayu mula menjangkiti ummah USA..
Quote Artemesiaa 12-1-2022 12:44 PM
Ialah tu tetiba je baru tahu dah tak ada alasan lain yang boleh difikirkan bila terkantoi
Quote chinta89 12-1-2022 03:50 PM
semoga tak boleh beranak sampai bila2 ko ni
Quote dua_chzy 12-1-2022 04:06 PM
Shazid replied at 12-1-2022 12:16 PM
Org america pun buang bayi jgk ye


Mungkin sheol dari family stout Katolik/Kriste. Buang2 baby luar nikoh ni biasanya jadi dalam family yg ekstremis beragama saja kerana risau pandangan masyarakat setempat. Mana2 negara, begitu.
Quote balakkampung 12-1-2022 04:47 PM
pekanwoohoo replied at 12-1-2022 12:23 PM
Asal dengar kes buang bayi camni je, selalu terfikir, senang betul eh diorang ni lahirkan anak macam ...

sakit tu sama jer aku rasa..tapi sebab perasaan takut dan malu orang tau tu lagi kuat...so sakit pon rasa macam tak sakit..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.188802 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top