Secara luarannya, model dan pelakon sensasi, Alicia Amin kelihatan sombong, bersikap lantang dan terbuka, ditambah lagi, sering mencetuskan kontroversi.
Namun, benarlah kata pepatah, jangan menilai buku dari kulitnya. Meskipun nampak sukar didekati, wanita tinggi lampai itu cukup disenangi pengarah dan penerbit Kotaki Studios Sdn Bhd, Kyle A Halim. Pengarah muda itu memberi kepercayaan kepada Alicia menggalas tanggungjawab menerajui filem sulung bergenre thriller dan seram arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa. Kyle berkata, dia tidak kisah jika ada mempertikaikan tindakannya memilih Alicia membintangi filem itu.
Katanya, dia tidak melihat luaran dan persepsi yang dilemparkan terhadap seseorang pelakon. Apa yang penting, kemampuan pelakon itu melaksanakan tugas diberikan. "Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia. "Saya terus bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah. Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, sebaliknya, saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik. "Kali pertama bertemunya, nyata Alicia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit. "Alicia mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya," katanya kepada BH Online.
|
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...
noell replied at 12-1-2022 01:08 PM
amboi sis konpiden Allah tak tarik nyawa org muda semoga sempat la kita bertobat
miszclassique replied at 12-1-2022 12:53 PM
Pelik kenapa time nikah dia ni kemain bertutup satu badan... Hari2 biasa open sgt pulak
she replied at 12-1-2022 03:17 PM
Best kawan dengan orang liberal
Jenis sempoi
ADVERTISEMENT