CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 6984|Reply: 48

Pengarah Filem Tak Sangka Hadap Perangai Alicia Amin Macam Ni

  [Copy link]
Post time 12-1-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Secara luarannya, model dan pelakon sensasi, Alicia Amin kelihatan sombong, bersikap lantang dan terbuka, ditambah lagi, sering mencetuskan kontroversi.


Namun, benarlah kata pepatah, jangan menilai buku dari kulitnya. Meskipun nampak sukar didekati, wanita tinggi lampai itu cukup disenangi pengarah dan penerbit Kotaki Studios Sdn Bhd, Kyle A Halim.




Foto: IG




Pengarah muda itu memberi kepercayaan kepada Alicia menggalas tanggungjawab menerajui filem sulung bergenre thriller dan seram arahannya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa.


Kyle berkata, dia tidak kisah jika ada mempertikaikan tindakannya memilih Alicia membintangi filem itu.


Katanya, dia tidak melihat luaran dan persepsi yang dilemparkan terhadap seseorang pelakon. Apa yang penting, kemampuan pelakon itu melaksanakan tugas diberikan.


Foto: Kotaki




"Asalnya, saya memilih pelakon lain. Bagaimanapun, disebabkan tiada kata persetujuan, pengurus produksi mencadangkan nama Alicia.


"Saya terus bersetuju dan tidak menganggap pemilihan Alicia sebagai satu masalah. Bagi saya, bukan kontroversi atau sensasi jadi ukuran, sebaliknya, saya mahukan pelakon yang boleh membawa karakter dengan baik.


"Kali pertama bertemunya, nyata Alicia berbeza dengan persepsi yang dilemparkan kepadanya. Jauh beza bagaikan bumi dengan langit.


"Alicia mesra, mudah didekati dan sangat baik hati. Dia tahu saya berasal dari Sandakan, Sabah dan tinggal bersendirian sepanjang penggambaran di Semenanjung Malaysia, jadi, dialah yang selalu mengambil berat mengenai saya," katanya kepada BH Online.




  



Pengarah dan penerbit berusia 28 tahun itu berkata, Alicia juga banyak membantunya sepanjang penggambaran filem The Disappearance of Irdina Adhwa.


"Saya masih ingat, Alicia menghubungi saya kerana tahu saya sedang mencari peralatan memanah untuk penggambaran.


"Jadi, Alicia mengajak saya ke sebuah kedai di Sungai Buloh, tetapi, malangnya kedai berkenaan tutup. Alicia kemudiannya membawa saya ke Bangi.




  



"Sebenarnya, saya tidak bercadang membeli peralatan memanah ini, tetapi, Alicia mungkin tahu saya harus berkira-kira dengan bajet. Dia terus mengambil peralatan ini dan membayarnya," kongsi Kyle.


Kyle berkata, dia terharu dengan sikap pemurah pelakon kelahiran Johor Bahru itu.


Malah, kata Kyle, Alicia tidak berkira, malah, banyak melaburkan wang untuk filem The Disappearance of Irdina Adhwa ketika penggambaran, tahun lalu.




  



"Sebab itulah, kita jangan menilai seseorang dari sudut luaran, kena kenal hati budi. Bagi saya, Alicia seorang rakan yang baik dan mudah bekerjasama.


"Selain itu, Alicia juga sering memberikan kata-kata semangat kepada saya sepanjang penggambaran," katanya.


Mengulas pemilihan Alicia sebagai teraju utama, Kyle berkata, kebolehannya bertutur dalam dialek Sabah dengan baik menjadi salah satu faktor kelebihannya membawa watak Sofia.


  



"Naskhah ini menggunakan 20 peratus dialek Sabah, selebihnya bahasa Melayu. Jadi, pemilihan Alicia sangat bertepatan kerana mampu bertutur dengan baik.


"Saya memang terkejut kerana Alicia bukan berasal dari Sabah. Tetapi, rupa-rupanya, Alicia kerap ke Sabah untuk menyertai Pesta Kaamatan," kata Kyle.


Selain Alicia, filem sulung terbitan Kotaki Studios itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud. Ia bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.




  



Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.


Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.


Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:09 PM | Show all posts
byk betul dia dapat endorsement ye.. laki dia supportive jugak ye.. sekufu la
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:36 PM | Show all posts
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab akidah ni iollss x nak sentuh la..mungkin darah muda tu yg buatkn dorang jadi liberal..sok2 da tua pandai la dorang bertaubat gituuu..daripada yg alim ni kebanyakan suka jadi polis agama..pun hauk gak perangai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:41 PM | Show all posts
zaman berputar kepada jahiliah itu benar
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...

Pelik kenapa time nikah dia ni kemain bertutup satu badan... Hari2 biasa open sgt pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:08 PM | Show all posts
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...

amboi sis konpiden Allah tak tarik nyawa org muda semoga sempat la kita bertobat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 12-1-2022 12:36 PM
kadang orang liberal ni lagi senang mesra dengan orang ramai..iollss ramai je kawan liberal tapi bab ...

Setuju 100%. Orang jenis open ini dia tak mudah nilai orang, hukum orang. I also have friends yang quite conservative. Memang boleh tahu macam mana perangai. Thats why aku pun prefer kawan dengan orang tak berapa alim ini. Sebab they accept you fr who you are, yang dari acah2 tak pernah buat dosa langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia makan nasi guna tangan, b40 acah2 orang kaya makan nasi guna fork and spoon sambil berlagak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:20 PM | Show all posts
Die kn pernah jadi model video klip lagu pisang goreng klu x silap...kelakar video tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:22 PM | Show all posts
noell replied at 12-1-2022 01:08 PM
amboi sis konpiden Allah tak tarik nyawa org muda semoga sempat la kita bertobat

kahkahkah..alamak ni kalau contoh orang2 yg iollss maksudkan tu panjang umo la youuuuuuu..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:23 PM | Show all posts
miszclassique replied at 12-1-2022 12:53 PM
Pelik kenapa time nikah dia ni kemain bertutup satu badan... Hari2 biasa open sgt pulak

dmi nak menikoh kat dalam mesjid kan..time tu je la pakai tudung segala pastu sorokkan tatu..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg jd intan dlm citer janji anaqi tu kan.
Ok gak la lakonan dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Soo dia nak bagitahu Alicia ni mesra dan ramah ke nak bagitau dia pengarah sangkak nak beli pemanah pun takde bajet. Mana satu ni?

Pasal sheols baik, sudah tentu la sedangkan Queen E tu pun baik je in real life. Perlu di bezakan personaliti seseorang dengan dosa peribadi. Selalunya yang ala2 Alicia tu memang tak kacau orang pun, yang gigih tutup litup berlakon baik depan rakyat masak2 agih bantuan tu yang bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Best kawan dengan orang liberal

Jenis sempoi
Kat office bukan xde geng acah ahli syurga
Kije mengeji org lain aje
Dia aje betul
At least liberal ni dorang buat hal sendiri
Sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni nampak kepam pada mata I. Tak kisah nak buka baju ke, pakai skimpy nak mampos ke, tu dosa kau… but kepam yach.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols vote dia utk bawak watak noorkumalasari over mimi lana yach?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 12-1-2022 03:17 PM
Best kawan dengan orang liberal

Jenis sempoi

so true, iols doa kwn2 yg liberal akan dtg ketemu jln benar.. dr segi value depa attitude bkn kacau org

takde judge org.., takde tgk org seksi trus cop ahli neraka.. bertudung tp hari2 mengumpat haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X semua org punya kenalan yg mengamalkan gaya hidup liberal....klu ikut pengalaman sendiri yang pernah kenal dgn perempuan yg punya perwatakan lelaki...ok baik ja....berkawan jala....selagi dia xpengaruh kita buat perkara yg tak elok
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya klu dibagi pilihan aku lg rela berjiran dgn AA ni dr SS...

Cuma jgnlah ko tunjuk perangai tak semenggah depan anak2 aku atau balik rumah mabuk2 smp langgar pagar rumah aku dahlah kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.098554 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list