Kebiasaannya pakar kesihatan mencadangkan jumlah masa tidur bagi orang dewasa yang paling ideal adalah antara 7 hingga 8 jam. Namun kaji selidik yang dijalankan oleh IKEA berhubung statistik jumlah masa tidur terhadap penduduk di seluruh dunia, mendapati setiap malam purata jumlah masa tidur bagi rakyat Malaysia hanya 6 jam 36 minit sahaja.
Dlam erti kata lain Malaysia merupakan negara yang paling pendek jumlah masa tidur di dunia. IKEA dalam satu kenyataan menunjukkan 80% rakyat Malaysia, berikutan 3 generasi tinggal sekali dalam satu bumbung rumah, jadi walaupun setelah sibuk bekerja satu hari, mereka masih agak susah betul-betul merehatkan diri, kecuali ketika mereka berada di bilik tidur yang dianggap sebagai 'tempat perlindungan'. IKEA turut menjelaskan, masa kini bilik tidur selain berperanan sebagai tempat tidur, ia juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu bergantung kepada individu tertentu. Berikut adalah beberapa peranan lain bagi bilik tidur : 1) tempat bacaan (50%), 2) tempat romantik(47%), 3) tempat beristirehat waktu siang( 42%), 4) tempat berhibur (40%) 5) tempat peribadi (80%) IKEA juga mencadangkan benda-benda yang kecil bolehlah dikumpulkan sekali supaya bilik tidur kelihatan kemas dan tidak bersepak. Barang-barang kecil yang ingin disimpan boleh dihiaskan dalam bilik mandi agar bilik mandi kelihatan lebih bersih dan luas. - CARI Infonet |
16
Bagus |
32
Marah |
28
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT