Tahun 2022 yang baru sahaja membuka tirainya, pelbagai azam dan harapan untuk tahun 2022 lebih baik dari 2021 tetapi nasib tidak menyebelahi untuk sebuah keluarga yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Menerusi satu rakaman dashcam kereta keluarga tersebut, kereta yang dipandu pada waktu Maghrib telah melanggar sekumpulan lembu sedang melintas jalan. Menurut dari temubual dengan mStar, Shida Wan Mohd menceritakan kemalangan itu berlaku di Jalan Pantai Merang, Setiu, Terrenganu dalam pukul 7.30pm, pada 6 Januari 2022. Shida memberitahu dia dan keluarganya dalam perjalanan ke rumahnya di Kuala Terengganu selepas melawat rumah keluarganya di Besut.
"Saya memandu kereta, suami bersama seorang anak berusia setahun di kerusi bahagian belakang. Anak sulung berusia tiga tahun di tempat duduk penumpang hadapan. Kedua-dua anak ditempatkan pada carseat masing-masing manakala saya dan suami memakai seatbelt semasa kejadian." Shida berkata dia tidak pasti sama ada dia nampak papan tanda peringatan kawasan haiwan melintas atau tidak, Shida juga menjelaskan yang di jalan itu kurang pencahayaan lampu jalan dan waktu itu sudah gelap jadi Shida turunkan highbeam light kerana ada kereta dari arah bertentangan. Shida terkejut yang ada sekumpulan lembu yang meluru di tengah jalan dengan laju, walaupun sistem kereta itu dapat mengesan lembu tersebut tetapi ianya terlambat dan berlanggar.
Walaupun kereta modal Aruz mengalami kerosakkan yang teruk di hadapan, Shida bersyukur yang keluarganya selamat dan tiada sebarang kecederaan. Shida yang seorang peniaga reda dengan kemalangan itu berlaku, Shida akur kereta yang baru setahun dibeli itu terlibat dalam kemalangan dan mengambil iktibar kemalangan ini. Shida menasihatkan semua penternak atau pengembala supaya menjaga mereka dengan baik dan berharap kes ini tidak berulang lagi. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|