"Saya sangat berharap awak dapat lagu Tamil atau opera. Tapi kalau awak boleh nyanyi nanti orang kata senang juga."
Itu pesanan isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang secara sinis menyindir netizen kerana tidak menyukai suaminya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Terdahulu Aliff diumum menjadi peserta kedua yang layak ke peringkat separuh akhir GV8 yang bakal berlangsung Ahad ini. "Syukur Alhamdulillah dapat rezeki untuk ke separuh akhir GV 8. Bangga sama kamu sayang. Hanya buat yang terbaik. "Buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap. Lumrah kehidupan. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Abaikan dan 'move on'," katanya.
|
twins replied at 11-1-2022 09:44 AM
masa Suku akhir baru-baru ni... tak adil bila ada yg nyanyi lagu bahasa yg tak difahami ... bila tak ...
ADVERTISEMENT