CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shidee Dikutuk ‘Pancit’, Tak Layak Masuk Separuh Akhir GV8

11-1-2022 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1777| Komen: 28

Description: Dituduh nyanyian ‘pancit’ dan tidak layak ke separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Shidee tidak terasa hati dengan komen negatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Dituduh nyanyian ‘pancit’ dan tidak layak ke separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Shidee tidak terasa hati dengan komen negatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.


Sebagai penyanyi berpengalaman, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, menganggap komen berkenaan hanyalah pendapat peribadi seseorang.


Foto: IG

"Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak marah dan tidak ada sebarang masalah.

"Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini. Mungkin saya akan tersingkir pada peringkat separuh akhir," ujarnya kepada mStar.


Pada peringkat suku akhir GV8 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan kumpulan Sa. Ya yang dianggotai Saiful dan Yassin tersingkir.

Manakala Shidee pula di kedudukan kedua tercorot.

Pada malam Ahad, Vida mempersoalkan kenapa kumpulan Sa. Ya disingkirkan sedangkan Shidee memberi persembahan yang lebih teruk pada malam Ahad.

Sementara itu, Shidee juga memberitahu dia tidak pernah ambil pusing jika ada yang memberi kritikan dan komen negatif kepada dirinya melalui media sosial.

Bagi penyanyi lagu Semuanya Sudah Terlambat ini, setiap orang mempunyai pendapat sendiri, namun hanya Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

"Saya tak bimbang sedikit pun dengan kritikan netizen. Hentamlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja.

"Allah lebih tahu apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu adalah pegangan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Shidee memberitahu dia bukanlah seorang yang aktif di media sosial.

Katanya, dia lebih senang untuk memberi fokus kepada kehidupan harian seperti bersama keluarga, memenuhi undangan nyanyian dan aktiviti surau.

"Sekarang ini apa yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi sahaja. Tak pernah fikir pun nak jadi popular kembali seperti dahulu.

"Saya lebih senang dengan apa yang telah saya buat selama ini. Membuat persembahan di sebuah restoran, bersama keluarga dan mengikuti aktiviti di surau," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 11-1-2022 08:44 AM
At least acik shidee ni sedap la daripada saya... dengan lagu2 acik shidee ada jugak la versatil pelbagai lagu... compared to putik yang lagu tiap2 mgu sama tara tu je...

Kalau mayonis nyanyi dangdut tiap2 mgu sah2 dh kena humban..tp putik takpe sbb putik dh berhijrah...katenyehhhhh sambil binu terkinja atas dtage
Quote iluma 11-1-2022 08:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,
Quote KamikuP 11-1-2022 09:17 AM
Shidee berjuta2 kali ok dari ayam mee kemaruk jate
Quote 3chanceno 11-1-2022 09:17 AM
iluma replied at 11-1-2022 08:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,

Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby
Quote manehnya 11-1-2022 09:48 AM
mmg pancit pun pakcik ni, harap kan rambut saja dye... hinggut dah!
Quote ninjago 11-1-2022 09:56 AM
iluma replied at 11-1-2022 07:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,

63 thn beza umur





Quote helicornia 11-1-2022 11:59 AM
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby

Dia kawin lambat kn.umo 50 lebih baru jumpa jodoh.rezeki kawin n ada anak lambat.tkpe la dia pun nampak sihat lagi bole keje lagi
Quote prince_marhaen 11-1-2022 12:50 PM
pancit pancit pun acik shidee mampu memberi baby pada isteri heols...tak macam nenek vidah yang pepet kering yang mengharap perhatian setiap masaaaaa....jijik lah...
Quote sambaldurian 11-1-2022 12:50 PM
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby

Boleh tahan ak baca citer shidee ni kt beautifulnara, berkenalan dulu dgn mak isteri, tp kawin anak (isteri). Muda gak isteri dia.
Quote dudaberhias 11-1-2022 01:05 PM
apa yang pancitnya... ok je heols nyanyi... yang nyanyi tak ok tu jutawe nate beruk tersia yang gigih duk mengcekik pamoga untuk bagi che pit sheolss hanyir dan busuk kembali untuk mendapatkan anak ikan pra ponen bottom yang muka macam kucing mainecoon...
Quote AKAZ85 11-1-2022 01:39 PM
iluma replied at 11-1-2022 08:54 AM
63 tahun dia ni..
anak bongsu dia baby 8 bulan,

kalau panjang umur anak dah umur 20 pakcik shidee ni dah 82 dah... harap jaga laa kesihatan kalau nak tengok anak besar..
Quote iluma 11-1-2022 03:44 PM
3chanceno replied at 11-1-2022 09:17 AM
Biar betik baru 8 bulan?masih boleh sara hidup keluarga tu yang gigih ada baby

tengok GV , anak sulong dia 9 tahun.bongsu baby 8 bulan
tapi bini dia mmg muda
bini dia ckp dia penyayang gitew
jarak umur mmg bbeza tp x ckp bape tahun
Quote asfaz 11-1-2022 04:13 PM
sambaldurian replied at 11-1-2022 12:50 PM
Boleh tahan ak baca citer shidee ni kt beautifulnara, berkenalan dulu dgn mak isteri, tp kawin ana ...

Kecoh kes ni dlu. Tpi dia dah ok dgn mak mertua.
Quote Orangelily 11-1-2022 04:19 PM
dudaberhias replied at 11-1-2022 05:05 AM
apa yang pancitnya... ok je heols nyanyi... yang nyanyi tak ok tu jutawe nate beruk tersia yang gigi ...

Padu kak dud .. i likeeee
Quote doubleA 11-1-2022 04:23 PM
walaupun iols idok la ngefans sama shidee tapi pada iols tak pancit la. amboi kemaen ko komen macam tera
Quote dinosaurpink 11-1-2022 04:25 PM
Masalahnya kat mana pokcik shidee ni pancit?heran aku
Quote supernaturalee 11-1-2022 04:42 PM
0.2 mata je beza dgn sa.ya tu


for me mmg pancit pun
lenggok pun dh ketat
patutnya dgn die sekali keluar kelmarin



Quote kakigojes 11-1-2022 04:51 PM
princessmiang replied at 11-1-2022 08:44 AM
At least acik shidee ni sedap la daripada saya... dengan lagu2 acik shidee ada jugak la versatil pel ...

Jgn lupa incess, sambil pengacara nombor 1 so call ashik duk sebut2 kalimah agama bagai.. kadang keliru program apa ni
Quote kakigojes 11-1-2022 04:53 PM
Pancit2 pun anak berderet ok…. Muka pun awet muda ah gitu..

Lihat semua komen(28)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2022 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.082300 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top