Oleh Adib Za Seorang warganegara Singapura berstatus Cina Muslim terkejut mendapat pertanyaan berbaur rasis ketika sesi temuduga untuk mendapatkan jawatan seorang admin.
Memetik laporan Yahoo! Singapore, wanita tersebut, Heidi Heng terlibat dengan perbualan mengenai pekerjaan dengan sebuah syarikat menerusi aplikasi Whastapps dan ia memaparkan soalan yang terang-terangan berbaur rasis. "Kamu tidak memakan babi, kan?" itulah antara soalan yang diterima oleh Heidi. Terkejut dengan soalan itu, Heidi meluahkan rasa kecewanya terhadap pandangan rasis syarikat itu terhadap staf beragama Islam. Luahan melalui laman sosial facebook Heidi seterusnya mendapat perhatian ramai netizen dan menjadi tajuk berita di negara Singa itu.
Heidi melalui facebook miliknya menyatakan kekecewaannya apabila hal berkaitan makanan (halal) dan kerja sebagai seorang admin dijadikan isu. Malah, lebih mengecewakan baginya ialah syarikat tersebut memaparkan sikap rasis yang sukar diterima oleh sesiapa pun. Difahamkan pihak media di Singapura sedang mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Sumber Manusia berhubung isu ini. - CARI Infonet |
15
Bagus |
11
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
30
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori replied at 1-7-2015 10:16 PM
Tapi melayu sing dikatakan sgt hapi..
MissNigga replied at 1-7-2015 10:07 PM
cer uols komen yg ni lak ..
I went to an Indian vegetarian restaurant with my Muslim friend i ...
Decaffeinated replied at 1-7-2015 11:06 PM
kalau boleh menyesuaikan diri memang boleh happy.
yang tak happy to kalau hidup sebagai minorit ...
Mary_jane replied at 1-7-2015 11:08 PM
Company ni nak hire chinese non muslim sajok. Kira oklah dia gitau siap2 ada few events keluar makan ...
ADVERTISEMENT