CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Bomoh Didakwa Hari Ini

7-1-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1863| Komen: 13

Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini.

Tuduhan ke atas Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.


Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.


Raja Bomoh Didakwa Hari Ini


Raja Bomoh dilihat hadir memakai sut hitam dan bersongkok ke pekarangan mahkamah sekitar jam 11 pagi Jumaat.


Tuduhan dibuat ke atas dua individu berkenaan susulan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) pada Rabu telah membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Di bawah seksyen itu, mereka yang memperseda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayati_hassan 7-1-2022 12:44 PM
keja bodo bomoh lebeh berkuasa drp allah
Quote azie5zoe 7-1-2022 04:25 PM
Baru terbaca semalam raja bomoh nak saman JAIP RM 300 juta sebab tuduh dia buat perbuatan kurafat.
Quote 3chanceno 7-1-2022 04:33 PM
azie5zoe replied at 7-1-2022 04:25 PM
Baru terbaca semalam raja bomoh nak saman JAIP RM 300 juta sebab tuduh dia buat perbuatan kurafat.

Banyak duit bomoh nie nak hire loyar
Quote sharlenetexas 7-1-2022 04:34 PM
3chanceno replied at 7-1-2022 04:33 PM
Banyak duit bomoh nie nak hire loyar

Siapa payung di belakang heols ni?

Quote 3chanceno 7-1-2022 04:38 PM
sharlenetexas replied at 7-1-2022 04:34 PM
Siapa payung di belakang heols ni?

Tak tahu sapa tapi kalo ada siap2 standby $ nak bayar kalo saman tu kalah.. dah banyak kali bomoh nie disiasat kan, tapi tak serik2
Quote tumpanglalu74 7-1-2022 04:44 PM
Asek2 nak adap ongtua ney..  Lantak dia le.

Quote epal21 7-1-2022 09:34 PM
Edited by epal21 at 7-1-2022 01:35 PM

Kenapa iols tengok tok moh ni ada vibes yg sama macam tajuddin don't probok? Dua2 orang Perak, dua2 orang lama yg tak faham perjalanan dunia sekarang kot. Khurafat is so last season. Sekarang ni tengah in 'penunggang agama' sambil buat drama air mata.
Quote MarryPottet 8-1-2022 01:35 AM
Sibat tul dia neh
selayaknya kena dakwa
Dia terlupalah tu untuk buat sekali ritual tolak balak elak kena dakwa
Quote dudaberhias 8-1-2022 05:23 AM
Sah2 la khurafat kalau gigih duk seru mayang sari bagai. Upacara deorang tu semua upacara animisme yinddu buddha moyang kita dedulu yang di islamkan saja... Macam istiadat pertabalan di raja

Apa ko ingat islam ada ajar2 benda gitu ke pakcik oi
Quote dudaberhias 8-1-2022 05:29 AM
https://youtu.be/72u9hola8tw

Uols klik link ni, kat phone ni payah nak tepek...

Yang pasti. Elokkk elokkk, hanyut eloklk
Quote secawankopi 8-1-2022 06:19 AM
Putri mayangsari ?  Bukan Mayangsari tu nama Bas ke ? bunyi mesin rumput tu ahahahha
Quote keane.somewhere 8-1-2022 06:25 AM
Ritual tu Asli dari bangsa Nusantara....yang haramkan nya Ugama yang datang dari Padang pasir
Quote cm_matjawasp 8-1-2022 06:55 AM
Yang pompuan tu depa kata bekas Pegawai Polis pencen pangkat DSP..google tengok macam betul pulak..heran la kenaper jadi macam tu?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.231475 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top