CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jadilah Anak Jantan, Jangan Jadi Macam Orang Politik" Ibrahim Ali Saran Azam Bercuti Seketika

6-1-2022 05:46 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2330| Komen: 16




PUTRAJAYA - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Susulan itu, Ibrahim Ali yang juga merupakan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berkata sepatutnya lebih mudahlah ketua tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercuti sementara selepas yakin bersih daripada sebarang salah laku dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

Menurut Ibrahim lagi, Azam perlu bercuti seketika bagi memudahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang ditimbulkan.

"Apa yang susah sangat dan dikhuatirkan kalau semua clear dan bersih. Jadilah anak jantan ketua pesuruhjaya SPRM yang terbilang. Jangan jadi macam orang politik," katanya dalam kenyataan dibuat petang semalam, seperti mana dipetik dari laporan Malaysiakini.


Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas penjelasan diberi Azam mengenai dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan kepadanya baru-baru ini.

Walaupun dakwaan tersebut sudah ditimbulkan sejak beberapa bulan lalu, hanya baru hari ini Azam tampil memberikan reaksi. Menurut Azam dia tidak bertanggungjawab memberikan pencerahan kepada umum sebaliknya hanya perlu memberikan taklimat untuk Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM.

Dalam keterangannya semalam, Azam memberitahu saham yang dipersoalkan itu dibeli adiknya menggunakan namanya.

Azam berkata, terdapat usaha pihak-pihak berkepentingan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap SPRM untuk menghakis kepercayaan masyarakat terhadap badan itu.

“Mereka menggunakan pihak-pihak tertentu untuk beri tekanan kepada SPRM.”

Beliau menegaskan, tiada kesalahan dibuat apabila membenarkan adiknya, Nasir Baki untuk membuat urus niaga menggunakan akaunnya bagi membeli saham di pasaran terbuka.

Kredit foto : MalayMail


Kata Ibrahim Azam perlu menunjukkan teladan yang baik dan itulah satu-satunya cara untuk dia memulihkan kepercayaan awam terhadap SPRM.

Pada masa sama bekas timbalan menteri itu berkata penjelasan lebih awal dibuat Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang tidak menyelesaikan masalah atau menjawab tanda tanya orang ramai.

Ibrahim juga secara sinis mendakwa dia terbahak-bahak ketawa dan pada masa sama perutnya memulas apabila membaca laporan mengenai penjelasan diberikan Abu Zahar.

"Alasanya kerana ketua pesuruhjaya SPRM sudah bagi penjelasan bahawa adiknya meminjam akaun bagi tujuan membeli saham. Saham pun sudah dipindah kepada adiknya.

"Hebat betul seorang abang yang begitu baik dan terpuji membantu kehendak adiknya.

"Banyak pihak mahu tahu, beli saham itu duit dari mana? Tak selesai masalah dengan penjelasan Abu Zahar Ujang hari ini.

"Janganlah jadi 'pengurusi punahsihat' pula," katanya.

Menurut Ibrahim isu yang sedang diperkatakan ramai ini menjadi ujian kepada kerajaan untuk membuktikan mereka benar-benar bertanggungjawab.

Dalam perkembangan lain, bagi Azam Baki, tuduhan itu dibuat untuk memburukkan reputasinya yang sudah bekerja lebih 30 tahun bersama SPRM. Justeru, tindakan undang-undang bakal diambil ke atas pihak-pihak tertentu dan pemilik akaun Twitter ‘Edisi Siasat’ turut berkemungkinan besar akan diheret ke mahkamah, katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Now - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 6-1-2022 05:54 PM
ada lagi dia ni..ingat dah diam terus.lama betul dengar berita pasal dia
tunggu jamal wak tongkol pulak buat come back   
Quote Artemesiaa 6-1-2022 06:43 PM
Kalau kat tanahair mana mahunya bukan geng Jepun ke Taiwan pandai cutikan diri
Quote rocksteady 6-1-2022 08:03 PM
Macam lucu jugak. Apa pasal adik dia nak pakai nama dia. Tak boleh guna nama sendiri ke. Dah la pesuruhjaya pulak tu sah2 jadi bualan
Quote haruslah 6-1-2022 08:03 PM
Kena la ade arahan 'cuti' tu
Kalau saje2 cuti nanti abis pulak cuti rehat nye
Bos dia pun senyappppppp je kan
Quote Cik_jantung 7-1-2022 07:21 AM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:42 AM

............
Quote Shazid 7-1-2022 07:30 AM
Semakin tenat isu2 rasuah kt Malaysia ni
Quote MissYouSayang 7-1-2022 07:43 AM
Nama abu zahar ni kan yg nekmah petik dlm pembualan bocor dgn jibby time ahkak latipah koya pegang sprm. Baik punya bekapp
Quote mejaputih 7-1-2022 07:53 AM
Kalau rakyat marhein picisan terus ditahan dibuang keje akaun di freeze ..eh mana nilai integiriti kamu???
Quote mamichik 7-1-2022 08:55 AM
kt tggu dan tgk move dari SC/SSM
Quote babelina 7-1-2022 09:44 AM
alsan adik guna nama mcm kelakor jer.. dpt lepas pula tu.. hebat btl..
Quote kelapaparut 7-1-2022 10:10 AM
kali ni dr belah kjaan atau pbangkang semue serang dia, kalu dulu2 umno leh bekap kali ni umno pun serang sprm.
Quote gigi 7-1-2022 11:33 AM
harap pagar, pagar makan padi...........totop jelah SPRM tu
Quote pasa 7-1-2022 11:43 AM
lim gone eng dulu naik mahkamah pun tak cuti jadi cm pun

siap kene gugur pertuduhab

lepas tu PH lantik KP ikut lantikan Politik
Quote shark 7-1-2022 12:57 PM
rocksteady replied at 6-1-2022 08:03 PM
Macam lucu jugak. Apa pasal adik dia nak pakai nama dia. Tak boleh guna nama sendiri ke. Dah la pesu ...


kan..benda yg boleh mendatangkan conflict interest tak kan tak boleh fikir..


Quote shark 7-1-2022 01:00 PM

baru teringat dulu latifah koya

[fbp]https://www.facebook.com/najibrazak/posts/480415326782744[/fbp]

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.099802 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top