|
Sumber: Instagram neelofaharrisofficial2 Membina satu empayar dalam perniagaan bukan satu perkara yang mudah, dan bukan semua orang mampu untuk menjadi usahawan. Kita semua sedia maklum bahawa ramai usahawan dan peniaga yang mengaku bahawa mereka mempunyai banyak cabaran dan halangan sebelum dapat membina perniagaan yang dikenali ramai. Jenis perniagaan kita pula perlulah selari dengan minat agar kita lebih bermotivasi untuk usaha yang terbaik untuk kembangkan business kita.
Seperti kita semua sedia maklum, Neelofa memulakan kariernya sebagai seorang artis dan pasti ramai yang tahu tentang kejayaan selebriti cantik seperti Neelofa. Beliau melakar kejayaan pertama dalam pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010, Neelofa selepas itu mula berjinak dalam bidang perniagaan bersama ibunya. Perniagaan pertamanya ialah Bellavita. Mempunyai keturunan Pakistan dan Arab, Neelofa bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, malah dengan kebijaksanaannya dalam berkata-kata serta hebat dalam menguruskan hal ehwal perniagaan milik sendiri dan juga keluarganya. Selepas mengambil keputusan untuk memakai hijab, Neelofa kini terkenal dengan jenama pakaian dan tudung wanita Muslimah iaitu Naelofar Hijab. Sumber: Google Image Neelofa kemudiannya telah membuat kejutan kepada peminat dan netizen setelah hubungannya dengan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Hubungan mereka mula dihidu ramai sehingga mereka berdua telah mengikat ikatan perkahwinan pada Mac 2021 yang lalu. Selepas berkahwin, Neelofa dan Haris kini lebih sibuk menguruskan perniagaan milik mereka berdua iaitu Markaz Tijaari. Platform perniagaan baru mereka telah menjual berbagai jenis produk hasil idea mereka berdua termasuklah planner, hand sanitizer dan juga face mask. Terkejut dengan harga face mask yang dipromosikan oleh Neelofa pada live tempoh hari bersama suaminya, ramai netizen yang mempersoalkan harga jualan yang dikatakan terlalu mahal.
|
uori replied at 6-1-2022 02:10 PM
RM39 untuk 20 keping pun masih tak masuk akal
#donekecam #asalkecam
3chanceno replied at 6-1-2022 05:53 AM
Bod gosip boleh ciduk dari Ig retis & TT takde input eh? Ramai merata bukak benang based on ciduk d ...
ADVERTISEMENT