Membina satu empayar dalam perniagaan bukan satu perkara yang mudah, dan bukan semua orang mampu untuk menjadi usahawan. Kita semua sedia maklum bahawa ramai usahawan dan peniaga yang mengaku bahawa mereka mempunyai banyak cabaran dan halangan sebelum dapat membina perniagaan yang dikenali ramai. Jenis perniagaan kita pula perlulah selari dengan minat agar kita lebih bermotivasi untuk usaha yang terbaik untuk kembangkan business kita.
Seperti kita semua sedia maklum, Neelofa memulakan kariernya sebagai seorang artis dan pasti ramai yang tahu tentang kejayaan selebriti cantik seperti Neelofa. Beliau melakar kejayaan pertama dalam pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010, Neelofa selepas itu mula berjinak dalam bidang perniagaan bersama ibunya. Perniagaan pertamanya ialah Bellavita.
Mempunyai keturunan Pakistan dan Arab, Neelofa bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, malah dengan kebijaksanaannya dalam berkata-kata serta hebat dalam menguruskan hal ehwal perniagaan milik sendiri dan juga keluarganya. Selepas mengambil keputusan untuk memakai hijab, Neelofa kini terkenal dengan jenama pakaian dan tudung wanita Muslimah iaitu Naelofar Hijab.
Sumber: Google Image
Neelofa kemudiannya telah membuat kejutan kepada peminat dan netizen setelah hubungannya dengan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Hubungan mereka mula dihidu ramai sehingga mereka berdua telah mengikat ikatan perkahwinan pada Mac 2021 yang lalu. Selepas berkahwin, Neelofa dan Haris kini lebih sibuk menguruskan perniagaan milik mereka berdua iaitu Markaz Tijaari.
Platform perniagaan baru mereka telah menjual berbagai jenis produk hasil idea mereka berdua termasuklah planner, hand sanitizer dan juga face mask. Terkejut dengan harga face mask yang dipromosikan oleh Neelofa pada live tempoh hari bersama suaminya, ramai netizen yang mempersoalkan harga jualan yang dikatakan terlalu mahal.
Rupa-rupanya, netizen telah menyalahanggap bahawa harga jualan RM39 yang diberitahu oleh Neelofa itu adalah harga satu keping face mask. Neelofa yang terkejut dengan pertanyaan netizen itu telah menepuk dahi dan menerangkan hal yang sebenar bahawa harga tersebut adalah itu pembelian bagi 20 keping face mask.
Lucu dengan soalan yang diajukan, PU Riz juga menerangkan bahawa mereka tidak mungkin menjual harga sekeping mask dengan harga yang tidak masuk akal.
Selepas ini sebelum memberikan komen, para netizen buatlah kaji selidik dulu. Jadi tidaklah Puan Neelofa kesayangan ramai ini terkejut hingga menepuk dahi dek melayan ragam dan kerenah semua. -CARI
|