CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tragedi Pembunuhan Along Spoon Masih Segar Dalam Ingatan, Keluarga Berhabis RM200 Ribu Upah Bomoh

6-1-2022 12:46 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13944| Komen: 60|Original author: Oleh: Saiful

22 tahun berlalu, namun tragedi yang menimpa Along Spoon masih terpahat kukuh dalam ingatan para peminatnya.

Menurut laporan media tempatan, pada 25 Disember 1999 Along Spoon yang berusia 19 tahun dilaporkan hilang.


Pada 6 Januari 2000 iaitu selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

Foto: Google

Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek, seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob cemburu dan menuduh Along mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Sehingga sekarang, sebahagian peminat masih menyayangi dan mengingati Along dengan menyimpan pelbagai koleksi barangan berkaitan arwah.

Normala Sabar, 45, berkata, dia mula jatuh cinta dengan kumpulan Spoon melalui lagu Rindu Serindu-Rindunya.


Foto: Kosmo

“Saya hanya kenal rapat de­ngan keluarga Along pada 2017 melalui kelab peminat yang ditubuhkan di Facebook,"katanya kepada Kosmo.

 Rossazila Omar, 41, berkata, pertama kali dia berjumpa dengan kumpulan Spoon pada persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh, Selangor sekitar tahun 1990-an.

“Along dan anggota Spoon sangat baik dan ramah dengan peminat. Mereka akan balas surat pe­minat dan sebab itu kami masih setia dengan Spoon. “Saya juga membawa keluarga dan peminat-peminat Spoon un­tuk pergi menziarahi kubur arwah."


Suspek, Foto: Google

 Aslan Abdul Aziz, 40, pula berkata, dia masih menyimpan album Mega Pack Spoon yang mempunyai sebanyak 32 senarai lagu termasuk versi karaoke.

“Ini kenangan dan saya akan terus menyimpannya."

Sementara itu, sehingga sekarang keluarga Along masih belum dapat menerima kenyataan bahawa jasad yang dikebumikan adalah anak mereka, berdasarkan kepada keadaan fizikal dan pakaian yang ditunjukkan kepada mereka ketika sesi pengecaman mayat. 

Ibu arwah, Rohani Abdul Aziz, 58, berkata, memang mereka sudah reda dan terima dengan hati terbuka bahawa Along sudah tiada, namun mereka masih belum percaya yang dikebumikan itu ialah anaknya. 


Suspek, Foto: Google

“Setiap keterangan dan bukti yang diberikan, masih belum kuat untuk kami percaya."

Difahamkan keluarga mangsa mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebusan penculikan Along Spoon.

Malah keluarga juga dah berhabis RM200,000 upah bomoh untuk mencari Along Spoon ketika kehilangannya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 6-1-2022 12:53 PM
pakcik pulis tu dah masuk skim pencen dan bini skendel dio tu pun dah monopos
so.. apa motip ungkit balik cite gini
Quote RinIna 6-1-2022 12:54 PM
Hrtu pun baru jer teringat kes arwah along ni.. sembng2 dgn asben.. kesian pengakhirannya begitu.. kau polis kot.. melulu je.. pdahal bukan ada apa pun..
Quote bondeh 6-1-2022 12:59 PM
Meolls macam pernah terjumpa fb pompuan sundel bolong tuh huhu
Quote jijilaaa 6-1-2022 01:19 PM
popuan tu pun dah hidup berbahagia dah...yang mampus 2 org lelaki demi dia
Quote hareeeesah 6-1-2022 01:32 PM
Wow banyaknya habis kat bomoh..
Quote nakkomenjugak 6-1-2022 01:40 PM
macam mana lerrrr kan kalau iol jadik fomfuan tu
2 laki mati sebab iol...
tak dapat bayang
Quote doubleharmonic 6-1-2022 01:52 PM
Quote Suchi 6-1-2022 01:56 PM
Edited by Suchi at 6-1-2022 01:57 PM

Acik tu skrg buat apa ye? Dia takde la lawa mana dah tua drpd along plak.
Along baru 19 tgh mendunia.
Iols dulu penah minat ngn kump spoon ni sampai ada hantar surat okeh dan dapat balasan lak tu. Depa suh join kelab peminat kot tp iols pun tak igt join ke idok.
Zaman2 sekolah dulu biasalaah minat2 retis siap ade buku lagu bagai abis sokabar n majalah hai & urtv kena gunting nak tepek lirik lagu dlm buku iols tu.
Quote miszclassique 6-1-2022 02:10 PM
Edited by miszclassique at 6-1-2022 02:13 PM

Rasa macam baru je ada yg up pasal ni 1 2 bulan lepas siap dgn bideo interview acik perempuan tu kan?

Ni i jumpa artikel ni, gambar2 acik salina pun ada
https://bebasnews.my/2020/12/31/saya-jual-nasi-lemak-demi-besarkan-tiga-anak-salina-ali/
Quote adeqbun 6-1-2022 02:13 PM
jijilaaa replied at 6-1-2022 01:19 PM
popuan tu pun dah hidup berbahagia dah...yang mampus 2 org lelaki demi dia

Mereput la harapnye pompuan tu...hanes masa dpn 2 org laki sbb die
Quote salimrock 6-1-2022 02:18 PM
Difahamkan keluarga mangsa mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebusan penculikan Along Spoon.


Malah keluarga juga dah berhabis RM200,000 upah bomoh untuk mencari Along Spoon ketika kehilangannya.




terer bomoh cari duit ni...


ini nama nya bomoh tarik duit, bukan utk pelanggan tp utk diri sendiri, ini lah yg seharusnya berlaku pada institusi perbomohan
Quote uori 6-1-2022 02:28 PM
Suchi replied at 6-1-2022 01:56 PM
Acik tu skrg buat apa ye? Dia takde la lawa mana dah tua drpd along plak.
Along baru 19 tgh mendunia ...

bodoh kan kalau ingat balik kelaku kita dek penangan minat sangat kat retis, malu nak cerita kat anak cucu tapi kegigihan kita patut diipuji lah  
Quote MISZZZ 6-1-2022 02:51 PM
miszclassique replied at 6-1-2022 02:10 PM
Rasa macam baru je ada yg up pasal ni 1 2 bulan lepas siap dgn bideo interview acik perempuan tu kan ...

cantik rupanya mak cik ni, padan la ponnnn....
dulu2 gambar dalam paper tak jelas, jadi sebenarnya arwah along ni memang bercinta ke dengan mak cik ni, ke memang jeles semata2
Quote LadyDee88 6-1-2022 02:53 PM
tak silap pnh baca thread lama ada sorg forumer ni bersaudara dgn skandal along ni.. tak igt nama threadnya.. dia ada cite sikit2 psl kes ni...
Quote puanbintang 6-1-2022 03:02 PM
dah berumur pun memang cantik orangnya..
Quote ibu_haritz 6-1-2022 03:07 PM
MISZZZ replied at 6-1-2022 02:51 PM
cantik rupanya mak cik ni, padan la ponnnn....
dulu2 gambar dalam paper tak jelas, jadi sebenarnya ...

kannn..klu ikut gaya mmg kategori cantik makcik ni..
Quote mawardia 6-1-2022 03:10 PM
Tak berbaloi mati sebab betina dikk.
Quote sudirmanistas 6-1-2022 03:43 PM
puanbintang replied at 6-1-2022 03:02 PM
dah berumur pun memang cantik orangnya..

Kalau tgk perkembangan bisnes pun, nampak mantap. X pelik la boleh maintain kecantikan tu kan. Tpi ada cerita dia kahwin lain kah?
Quote Shazid 6-1-2022 03:43 PM
Alfatihah!

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.109147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top