Oleh : Dean BZ
Tepung Pelita sememangnya sudah menjadi juadah paling laris di bazar-bazar ramadan setiap kali bulan puasa. Ia adalah sejenis kuih lembut diletakkan didalam bekas daun pisang. Amat popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
Diperbuat daripada santan dan tepung beras, ditengah-tengahnya diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Namun awas ia mudah rosak dan tidak tahan lama. Jadi kena makan cepat-cepat jangan simpan lama.
Kepada yang ingin cuba memasak Tepung Pelita ini, disini kami kongsikan resepi untuk anda cuba dirumah. Tak susah pun, selamat mencuba! - CARI Infonet.
Bahan-Bahan (12 cups — bergantung pada saiz bekas)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa (diperah jadi 4 cawan santan)
4 helai daun pandan (dimesin dengan sedikit air)
Sedikit kapur
Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan - Bancuhkan tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur hingga sebati.
- Dalam bekas lain, perahkan santan, masukkan tepung beras yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Masakkan tepung beras yang diadun sebentar tadi (langkah 1) dan kacau hingga masak dan berkilat.
- Bila sudah masak, masukkan dalam acuan mengikut citarasa.
- Masakkan santan yang diadun tadi (langkah 2) dan kacau sehingga pekat.
- Angkat santan dan curah ke atas tepung di dalam acuan tadi.
- Sejukkan.
- Siap!
Kredit foto : Facebook My ResepiSumber : myresepi.com
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|