Penyerang Eduaro Vargas menyumbat dua gol membantu Chile menang 2-1 ke atas Peru yang beraksi 10 pemain pada separuh akhir Copa America semalam. Seakali gus mencerahkan harapan tuan rumah menjuarai kejohanan negara Amerika Selatan itu buat julung kali. Vargas menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan kencang jarak jauh yang menggegar penjuru kanan tiang gol pada minit ke-64, sekali gus mengemudi tuan rumah ke final Copa America pertama dalam tempoh 28 tahun. "Saya banyak berlatih merembat dari luar kotak penalti, saya berasa yakin." "Saya bangga ia masuk." Chile menjadi pilihan untuk mara namun bergelut sepanjang perlawanan menentang pasukan jiran mereka.
Peru cuba memenangi Copa America ketiga dan yang pertama sejak 1975. Pasukan itu turut tewas pada separuh akhir 2011 di tangan juara sebenar Uruguay dan menduduki tangga ketiga. Peru muncul antara pasukan mengejutkan pada kejohanan itu selepas melangkah daripada kumpulan yang termasuk Brazil dan Colombia.- CARI Infonet |
12
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT